Pelancong China Didenda Rm25, Menari atas Tembok Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

DUA pelancong China yang berkelakuan tidak senonoh dengan berpakaian seksi sambil menari di atas tembok pagar Masjid Bandaraya Kota Kinabalu di Kota Kinabalu, didenda oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

Salah faham terhadap Bobolian – ritual bertempur dengan roh jahat secara spiritual menurut agama tradisi Dusun.

Pada umumnya ketika ada orang mengikuti suatu ritual agama tradisi Dusun, banyak orang yang dengan mudah menghakimi bahwa penggunaan binatang-binatang dalam ritual tersebut berfungsi sebagai persembahan untuk setan dan iblis. Kenyataan ini mungkin benar pada Bobolian tertentu, tapi ada perbezaan antara Bobolian dari kelompok seperti itu dengan Bobolian yang hanya mengabdi kepada Kinorohingan (Minamangun)...

Jumlah Keseluruhan Nilai Barangan Dirampas Cecah 1.1 Bilion

SENARAI barangan yang dirampas daripada kediaman keluarga bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Ia diumumkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

The TrashPacker - PelancongTerkejut Tengok Sampah Di Pantai Lahad Datu, Sabah

I wanted to make a nice beach walk in the evening in Lahad Datud, Borneo...but...it wasn't that nice at all. I saw so much trash that i was shocked. So i was thinking by myself: "I'm going to clean this up tomorrow!".

Bunuh 5 Ahli Keluarga Kerana Sering Dihina

SEORANG wanita di India dihukum mati atas pertuduhan membunuh lima ahli keluarganya dalam sebuah majlis ‘housewarming’ pada Isnin lalu.

Sunday 8 July 2018

Shoko Asahara yang- Dalang SERANGAN GAS SARIN TOKYO digantung (10 Gambar)



Ketua kultus Aum Shinrikyo (ajaran sesat),  melakukan serangan cecair sarin terhadap penumpang di stesen kereta api bawah tanah pada 1995, akhirnya menjalani hukuman mati bersama beberapa pengikutnya.
Seramai 13 maut manakala beribu-rubu lagi cedera apabila anggota kultus itu membocorkan beg plastik berisi cecair sarin yang ditinggalkan di dalam kereta api bawah tanah.
Kesemua suspek kemudian turun di stesen berikutnya sebelum melarikan diri dengan seorang lagi rakan mereka yang sedia menunggu di dalam kereta.
Sebaik sahaja cecair sarin yang tidak berwarna dan berbau itu terdedah, ia kemudiannya meruap ke udara dan gasnya mula memberi kesan kepada penumpang yang tidak menyedari bahaya yang menanti mereka.
Ribuan penumpang kemudian mula berasa pedih mata selain mengalami kesukaran untuk bernafas lalu bergegas keluar daripada kereta api sebaik ia tiba di stesen bawah tanah.
Meskipun kebanyakan mangsa serangan gas sarin itu kembali pulih, kebanyakan mangsa masih mengalami masalah penglihatan dan pernafasan walaupun selepas lebih 20 tahun kejadian itu berlaku.
Kebanyakan individu yang terkorban didapati terdedah secara langsung dengan sarin apabila menyentuh bahan kimia itu semasa cuba membantu mangsa serangan.
Dilahirkan di Chizuo Matsumoto, Asahara, 63, telah dijatuhi hukuman mati selama hampir 14 tahun manakala 12 lagi pengikutnya masih menunggu hukuman itu dilaksanakan.
Asahara dan beberapa pengikutnya telah digantung pada Jumaat lalu.
Dia dijatuhi hukuman mati pada 2004 kerana didakwa dan disabitkan dengan serangan gas sarin berkenaan serta lain-lain serangan pengganas dan pembunuhan.











Share:

Tradisi 'Posila Tusi' /Menjilat Garam (The Lick Of Salt) Kaum Kadazandusun.


'Posila Tusi' bermaksud menerima secubit garam di hujung lidah atau menjilat secubit garam. Walaupun garam tidak mempunyai nilai tinggi ianya mempunyai nilai kuasa yang bersifat baik. Tradisi ini adalah salah satu adat masyarakat Kadazandusun yang paling lama agar menyembuhkan atau mengubati perasaan yang terguris yang disebabkan oleh orang lain. Tradisi ini tidak boleh diterima sebagai 'sogit' untuk pendamaian untuk kesalahan seseorang. Biasanya tradisi ini digunakan untuk menyelesaikan masalah pertengkaran, pertentangan pendapat di kalangan kanak kanak atau masalah yang kecil untuk orang dewasa serta pergaduhan yang lebih ganas di antara ahli keluarga yang perlu dipantau oleh salah satu daripada ibu bapa atau kedua-dua pihak.
Contohnya anak dan bapa bergaduh dan mengeluarkan kata - kata kesat, sumpah - menyumpah untuk tujuan pendamaian keduanya perlu melakukan upacara 'Posila Tusi' antara mereka untuk berdamai maksudnya anak akan memberi bapa secubit garam untuk dijilat dan sebaliknya.
Ada catatan mengenai perlaksanaan upacara 'Posila Tusi' Mahkamah Adat di Tambunan dimana setelah upacara 'Posila Tusi' dilakukan oleh kedua pihak Mahkamah Adat memberi amaran kepada mereka untuk tidak bertengkar lagi dan jika masih bergaduh selepas upacara 'Posila Tusi' dilaksanakan mereka berdua akan didenda $5 untuk tuduhan pertama dan masih bergaduh selepas itu akan didenda $10 setiap seorang untuk pertuduhan kedua dan pergaduhan seterusnya kedua-duanya akan dipenjarakan selama satu minggu.
Mereka yang bertengkar akan melakukan upacara 'Posila Tusi' sambil bertukar kata dengan mengucapkan sesuatu yang baik dipercayai tidak akan bergaduh lagi.
Upacara pendek 'Posila Tusi' (Lick Of Salt) dimana seseorang itu akan mengambil secubit garam dan mengucapkan "As salt is food seasoning, so my wounded feeling of the hurt person be cured by this pinch of salt just as food made good by salt". (dengan menggunakan bahasa ibunda atau bahasa yang boleh difahami)
Garam dibawa ke mana pun tidak akan hilang masinnya dan peribahasa berkaitan dengan garam boleh didapati di serata dunia.
Rujukan ðŸ“– :Tambunan The People, Their Culture and Customary Law
Share:

Thursday 28 June 2018

Salah faham terhadap Bobolian – ritual bertempur dengan roh jahat secara spiritual menurut agama tradisi Dusun.


Pada umumnya ketika ada orang mengikuti suatu ritual agama tradisi Dusun, banyak orang yang dengan mudah menghakimi bahwa penggunaan binatang-binatang dalam ritual tersebut berfungsi sebagai persembahan untuk setan dan iblis. Kenyataan ini mungkin benar pada Bobolian tertentu, tapi ada perbezaan antara Bobolian dari kelompok seperti itu dengan Bobolian yang hanya mengabdi kepada Kinorohingan (Minamangun). Dalam ritual tertentu, Bobolian yang mengabdi kepada Tuhan yang mereka sebut “Kinorohingan” ini menggunakan binatang-bintang tertentu hanya sebagai medium untuk mengancam roh-roh jahat. Misalnya dalam kes orang yang jatuh sakit kerana rohnya diculik atau ditangkap oleh Tompuan (bunian) yang menyukai lelaki itu, penggunaan binatang-binatang dalam ritual bukanlah sebagai persembahan tapi sebagai alat untuk mengancam. Bobolian perlu naik ke langit ke-7 terlebih dahulu untuk berkonsultasi dengan Kinorohingan, meminta petunjuk dan kuasa daripadanya. Dari salah seorang Bobolian yang pernah saya termuramah, ritual itu dijalankan kira-kira seperti ini :
1. Ritual Miontong dijalankan untuk mendiagnosis penyakit lelaki itu, tujuannya untuk mencari penyebab dia sakit dan untuk menentukan sogit yang harus disediakan dan cara menyembuhkannya. Untuk ini Bobolian menggunakan Komburongohnya dan berkonsultasi dengan Susukuon yang tinggal di dalamnya. Susukuon merupakan roh baik, semacam malaikat yang dicipta oleh Kinorohingan untuk membantunya dalam ritual-ritual keagamaan. Susukuon selalunya berhubung dengan Bobolian melalui Komburongoh, Rinukut-nukut atau Gonding. Istilah “susukuon” dalam Bahasa Dusun, ertinya “tempat untuk merujuk”.
2. Bobolian mengejutkan Komburongohnya dengan berkata : “Posik kou bakai ti Komburongoh ku, haro kaka monsokitan, om mikiontong nodi kaka diolo nu noh kaka kolingos”. Kemudian Bobolian berkata lagi : “Posik no ti sundu ku Komburongoh”. Komburongoh kemudian menyahut Bobolian : “Noposik noh tii, nu kaka pogintanan nu?”. Bobolian menjawab : “Pogintanaan oku nopo dikoyu nga, sumakit kaka ie kuoh (nama orang) ma, nu di kaka di boh kaka kolingos ilo? Kolingos bakai manuk?”. Jikalau ayam tidak dapat menyembuhkan maka Komburongoh akan menjawab : “Au”. Kemudian Bobolian akan bertanya lagi : “Kolingos bakai wogok?”. Jikalau babi dapat menyembuhkan maka Komburongoh akan berkata “kolingos”. Jadi perbualan antara Bobolian dan Komburongohnya seperti yang diatas itu bertujuan untuk mencari apakah Sogit yang dapat dipakai untuk menyembuhkan penyakit orang itu.
3. Tapi kadang-kadang Komburongoh sendiri tidak tahu penyebab penyakit orang ini, sogit dan cara menyembuhkannya, kerana dia bukanlah Tuhan, maka dia memiliki keterbatasan pengetahuan. Maka, Bobolian akan mengutus Komburongohnya ke Libabou untuk meminta petunjuk dari Kinorohingan (Tuhan) pula. Sekali lagi, roh yang disebut “Susukuon” yang ada di dalam Kumborongoh merupakan roh yang dicipta oleh Kinorohingan untuk membantu manusia dan merupakan roh yang baik, peranannya adalah sebagai “susukuon (tempat rujukan)” dan sebagai perantara antara Bobolian dan Kinorohingan (Tuhan).
4. Bobolian akan bersama-sama Komburongohnya atau 
mengutus Komburongoh sendirian untuk naik ke Libabou/Dewato untuk bertemu Kinorohingan. Dalam istilah Momolianisme, mengutus Komburongoh ke Libabou disebut “pohindakado/minsawat”, bererti “menaikkan/naik ke atas”, yakni naik ke syurga untuk bertemu dengan Kinorohingan. Tujuan Komburongoh di “hindakado(diutus ke Libabou)” ialah untuk meminta “tutuduk (petunjuk)” dan “sundu (kekuatan sakti atau kuasa)” dari Kinorohingan dalam menyembuhkan penyakit. Kalau Bobolian memutuskan untuk mengutus komburongohnya naik ke atas, Bobolian akan berkata kepada Komburongoh : “Ongoi kou logut hilo Kinorohingan”, kemudian Bobolian membacakan Rinait Pohindakado/Minsawat (mantera mengirim komburongoh ke Libabou).

5. Setelah bertemu Kinorohingan, Komburongoh turun ke dunia dengan kekuatan sakti yang sudah diberikan oleh Kinorohingan untuk membolehkan dia berhadapan dengan Tompuan (orang bunian) tersebut. Bobolian kemudian pergi ke pohon besar di mana Tompuan itu tinggal dan kemudian mulai berdiplomasi dengan si Tompuan, supaya mengembalikan roh orang yang diculik oleh mereka. Tompuan dalam kepercayaan Dusun adalah sejenis bangsa roh ghaib yang sama dengan manusia, tapi hidup di alam lain. Mereka suka mendiami pokok-pokok besar di hutan hutan rimba. Sama seperti manusia, tidak semua roh ini jahat, tapi ada yang berperilaku jahat.
6. Dengan kekuatan dan kuasa yang sudah diberikan kepada si Komburongoh daripada Kinorohingan, maka Bobolian dapat menggunakan kuasa itu untuk mengugut roh jahat tersebut. Bobolian akan mengambil ayam kombura dan berkata kepada roh tersebut : “seperti leher ayam ini terputus ketika saya menyembelih ayam ini, demikianlah juga leher kamu jikalau kau tidak mau mengembalikan roh lelaki ini kepada saya”. Atau kadangkala babi digunakan untuk mengugut si roh jahat. Babi itu akan diikat kakinya, dan Bobolian akan mencucuk-cucuk tubuh babi itu sehingga babi itu kesakitan, dan seperti babi itu kesakitan kerana cucukan-cucukan dari benda tajam contohnya bambu oleh Bobolian, demikian juga si Tompuan kesakitan seperti dicucuk-cucuk. Si Tompuan yang tidak tahan lagi dengan deraan itu kemudian menyerah kalah dan mengembalikan roh orang yang sakit itu kepada Bobolian.
7. Jadi boleh dikatakan ayam dan babi pada konteks ini ialah hanya sebagai alat untuk mengancam si roh jahat supaya menuruti keinginan Bobolian. Sekiranya roh itu menolak untuk menuruti keinginan Bobolian, maka roh itu akan dikerjakan oleh Bobolian. Semua ini dapat dilakukan oleh Bobolian berkat kuasa yang diberikan oleh Kinorohingan kepada Komburongoh dan Bobolian. Dengan bantuan dari Kinorohingan, Bobolian baru dapat mengancam roh-roh jahat tersebut. Tanpa kuasa atau Sundu dari Kinorohingan, Bobolian sendiri tidak dapat melakukan apa-apa kepada roh-roh tersebut. Di sini kita dapat melihat peranan Komburongoh sebagai perantara antara Kinorohingan dan Bobolian, juga peranan sebenar binatang-binatang yang digunakan oleh Bobolian.
8. Jadi binatang selalunya hanya digunakan untuk mengancam roh-roh jahat. Dalam ritual Mitaru/Mipopol (upacara perdamaian dengan cara bersumpah) binatang digunakan sebagai simbol peringatan kepada orang yang “bersumpah” dalam suatu perjanjian damai. Bobolian akan berkata : “seperti leher ayam ini saya kelar dengan pisau, demikian jugalah terjadi kepada leher orang yang melanggar sumpah atau melanggar perjanjian”. Orang yang melanggar sumpah atau perjanjian damai akan ditimpa kecelakaan. Maka, binatang itu lebih kepada simbol kesetiaan dalam sumpah sekaligus meterai sumpah.
9. Mengenai binatang-binatang yang dipakai untuk tujuan persembahan darah, memang benar dilakukan sesetengah Bobolian, terutamanya Bobolian yang menggunakannya untuk tujuan negative, misalnya untuk tujuan mempraktikkan ilmu “sindaat” atau “lumpadang”. Ilmu jenis ini ini selalunya dipakai untuk membuat orang menjadi sakit, gila atau bahkan mati. Bobolian yang mengabdi kepada Tuhan yang mereka sebut Kinorohingan, tidak akan melakukan aktiviti jahat ini, kerana ia bertentangan dengan sifat Kinorohingan sebagai Tuhan.
(Ben Randawi – revision, 2018).
___________________________________

Share:

Senarai 11 Tabiat Pelik Orang Kaya Di Dunia Berjimat-cermat


Apabila sudah kaya mata boleh buta dan anda akan menjadi manusia yang boros. Ada yang kaya tiba-tiba dan terus berbelanja besar di mana jua..kalau boleh setiap hari shopping.

Ada juga yang kaya dan kemudian membazirkan duit dengan membeli beg kulit. macam seperti kak ros kita.. Beli beg BIJAN harga juta-juta wooo..

Tetapi tidak semua yang kaya mempunyai perangai suka membazir. Berikut ialah 11 tabiat jimat cermat yang diamalkan hartawan dunia. Sudah kaya jadi semakin berjimat!






Share:

Wednesday 27 June 2018

Fasha Sandha Enggan Panjangkan Isu video Peluk, Cium Aidil Aziz



"Buat masa sekarang saya tak bersedia lagi nak bercakap tentang hubungan kami," demikian kata pelakon Fasha Sandha belum bersedia untuk memberi komen mengenai hubungannya dengan aktor Aidil Aziz. 

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 34, diminta mengulas mengenai persoalan mengenai video dirinya berpelukan 'mesra' dengan Aidil yang tersebar baru-baru ini. 

Ibu kepada dua orang cahaya mata ketika ditemui pada malam gala filem 'Blok 404' itu berkata hubungannya dengan Aidil pada peringkat kawan baik. 

Dalam pada itu, Fasha mengakui dirinya masih 'single not available' dan pelakon itu adalah kawan lelaki yang rapat dengannya. 


"Memang dia adalah kawan lelaki yang rapat dengan saya. Itu sahaja yang boleh saya komen dan beritahu. Sekarang ini saya masih single but not available," ujarnya. 

Gosip kononnya Aidil dan Fasha menjalinkan hubungan 'istimewa' mula hangat diperkatakan selepas mereka sering dilihat bersama kebelakangan ini. 

Fasha akui mereka berkawan baik sejak Aidil bekerja dengannya untuk sitkom 'Mamu Mami Gosip' pada awal tahun ini. 

Aidil, 29, pula sebelum ini pernah melalui detik-detik kontroversi selepas ditahan selama dua bulan di penjara atas kesalahan berkaitan dadah hujung tahun 2016. 


Share:

Ariana Grande Bertunang kerana Hamil?


PENYANYI Ariana Grande menafikan tuduhan dia dan kekasihnya Pete Dividson mengikat tali pertunangan kerana hamil.
Ariana menerusi Twitter memberitahu perkara itu (kehamilan) akan berlaku beberapa tahun daripada sekarang jika dia benar-benar bersedia.
"Ini adalah suasana aku untuk beberapa tahun akan datang hingga aku benar-benar bersedia. #Ratukesuburan," ujarnya.
Pasangan yang menjalinkan hubungan pada Mei lalu membuat keputusan drastik mengikat tali pertunangan selepas sebulan bercinta.
Tweet tersebut terus menjadi perhatian netizen dan mahukan kepastian terhadap hubungan tersebut.
Sementara itu, Pate turut mengesahkan hubungan pertunangan itu dalam wawancara bersama Jimmy Fallon.


Sumber - Mstar
Share:

Facebook