Thursday, 31 October 2013

Lelaki China Tergergaji Kantung Zakar Sendiri

Kantung Zakar

Beijing – Seorang pekerja binaan di Shunde di wilayah Guandong cedera teruk selepas tergergaji kantung zakarnya dengan gergaji elektrik ketika memotong kayu.

Pekerja itu yang masih dirawat di sebuah hospital di Guangdong berkata, dia tiba-tiba merasa sakit pada kemaluannya tetapi tidak tahu puncanya.

Selepas menyedari dia tergergaji kantung zakarnya, dia pengsan.

Lelaki itu, Chen yang berusia 40-an berkata, dia mencangkung sambil gergaji kayu.

Melihat dia rebah ke tanah dengan seluar berlumuran darah, rakan sekerjanya serta-merta menghantarnya ke hospital. Rakannya juga terkejut melihat satu daripada buah zakar Chen terjatuh di sebelahnya.

Doktor di hospital berkenaan berkata, ini kali pertama mereka berdepan dengan kes seumpama itu.

Kantung zakarnya terkoyak sepanjang tiga sentimeter, menyebabkan buah zakarnya jatuh.
Mujur selepas menjalani pembedahan beberapa jam, buah zakar Chen dapat dimasukkan semula. – Agensi

Share:

0 comments:

Post a Comment

Facebook