Tahniah kepada pasangan Cheryl Samad dan Ng Ping Ho yang kini bergelar ibu dan ayah selepas menerima kehadiran cahaya mata sulung perempuan diberi nama Stella pada 18 Oktober 2013 lalu setelah dua tahun menunggu.
Berita kelahiran bayi sulung mereka itu dikongsikan sendiri oleh pelakon Cheryl Samad menerusi laman Instagramnya semalam. Sekeping gambar turut disertakan dengan caption "Meet our little girl, Stella.We’ve been waiting for her for a long time.She finally arrived on Friday the 18th of October. We feel very blessed."
0 comments:
Post a Comment