Tsagaan Khass bermaksud "Swastika Putih" dalam bahasa Mongol. Kumpulan Neo Nazi ini adalah salah satu dari beberapa kumpulan Neo Nazi yang semakin bertambah di Mongolia sejak kebelakangan ini. Kumpulan berfahaman fasis semakin bertambah sejak kemasukan syarikat dari China yang membuka lombong emas, tembaga, arang batu dan bijih besi secara mendadak.
Majoriti lombong-lombong ini menggunakan tenaga kerja dari China dan bukannya penduduk tempatan. Kebanjiran pendatang asing ke Mongolia dikatakan merosakkan ekonomi negara dimana 30% penduduknya hidup di bawah aras kemiskinan tegar.
Kumpulan Tsagaan Khass menggunakan alasan "menyelamatkan alam sekitar" untuk melakukan serbuan keatas lombong milik syarikat asing. Mereka mendakwa lombong milik China bertanggung jawab melakukan pencemaran awam. Tetapi hakikatnya majoriti pencemaran dilakukan oleh lombong milik individu tempatan! Mereka akan melakukan pemeriksaan keatas lombong - lombong ini dan meminta untuk melihat permit perlombongan mereka walaupun tidak mempunyai kuasa di bawah undang-undang.
Tsagaan Khass wujud sejak 1990an dan jumlah mereka kini mencecah 100 orang ahli. Kesemua ahli percaya Mongolia perlu diselamatkan dari kebanjiran pendatang China yang "mencuri kerja" dari penduduk setempat. The funny part is Nazi sebenar pasti akan meludah Neo Nazi Mongolia ini. Ini adalah kerana orang Mongol adalah MONGOLOID dan bukannya Aryan. Mongoloid bukan "master race" yang setaraf dengan Aryan. Macamana boleh jadi Neo Nazi pula.
0 comments:
Post a Comment