Hampir
dua bulan bergelar suami isteri yang sah pada 16 Disember 2013,
pasangan Farawahida dan Abdul Shukur baru-baru ini telah mengadakan
majlis resepsi pernikahan di tempat pihak lelaki yang berlangsung di
Dewan N’dah, Shah Alam.
Kedua-dua
pengantin mengenakan dua persalinan sepanjang majlis tersebut
berlangsung secara sederhana. Farawahida yang sempat dihubungi baru-baru
ini teruja untuk mengandung dalam terdekat memandangkan usianya sudah
mencecah 29 tahun.
"Saya
bersyukur kalau dikurniakan zuriat dalam jangka masa yang terdekat.
Lagipun usia saya sudah mencecah 29 tahun. Tetapi ini semua rezeki dan
saya berharap saya mendapat rezeki itu."
Admin
sekali lagi mengucapkan tahniah kepada penyatuan Farawahida dan Abdul
Shukur menjadi satu keluarga baru dalam dunia hiburan. Mari layan
beberapa keping gambar sekitar resepsi pernikahan mereka di Shah Alam.
0 comments:
Post a Comment