Hanya
seminggu lalu pasangan meletop, Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose telah
mendedahkan akan berkahwin hujung tahun ini dan bersedia untuk menerima
sebarang tajaan dari pihak tertentu.
Bagaimanapun,
kedengaran pula gosip baru yang mendakwa hubungan mereka kini sudah
berakhir dan rancangan untuk berkahwin dibatalkan. Menariknya, Uqasha
Senrose sendiri melalui Berita Harian hari ini mengaku perpisahan tersebut adalah atas permintaan Pekin sendiri dengan alasan tiada persefahaman.
“Dia
(Pekin) yang minta putus dua hari lalu (3 Februari). Kami tiada
persefahaman dan itu keputusan dia. Kalau nak tahu lebih tanyalah
sendiri padanya. Hasrat kami untuk berkahwin tahun ini juga nampaknya
tidak akan menjadi kenyataan.”
“Saya hanya mampu berserah dan reda dengan keputusan ini. Semuanya soal takdir dan jodoh itu sendiri adalah rahsia Tuhan.”
Tidak mahu terus mempercayai gosip yang tersebar minggu lalu, wartawan Berita Harian bertindak menghubungi Pekin bagi mendapatkan penjelasan dari pihaknya.
Menurut aktor berusia 31 tahun itu, hubungan mereka memang tiada masalah setakat ini dan merasa hairan bagaimana khabar angin mereka putus cinta dan rancangan perkahwinan dibatalkan boleh timbul.
“Hubungan kami masih OK. Pelik juga kalau ada yang cakap kami sudah putus. Hal untuk berkahwin pun masih dalam perbincangan dan tarikh kahwin juga masih belum ditetapkan lagi.”
0 comments:
Post a Comment