Baru
sahaja rasanya habis khabar angin yang mengatakan Zizan Razak &
Emma Maembong sakan bercumbuan dalam penerbangan ke Amerika Syarikat
beberapa minggu lalu, timbul pula khabar angin baru yang kurang enak.
Murai awal hari ini menyiarkan
e-mail peminat yang mendakwa ada seorang pengacara lelaki
bersekedudukan dengan seorang artis wanita jelita. Ekoran daripada
laporan itu, ramai yang mula berandaian & percaya pasangan terbabit
adalah Zizan Razak & Emma Maembong.
Zizan Razak yang
dihubungi portal GUA pula melahirkan rasa hairan bagaimana khabar angin
ini boleh dikaitkan dengan dirinya serta tidak tahu komen bagaimana
harus diberikan.
“Saya
tidak tahu macam mana cerita ini boleh timbul sedangkan gosip yang
mendakwa saya bercumbu dengan Emma di atas kapal terbang masih baru
lagi”
“Saya
tidaklah terkilan, cuma saya enggan ambil tahu. Saya cuma tidak tahu
macam mana mahu komen. Selepas ini saya mahu komen mengenai perihal
kerjaya seni saya sahaja,” ujarnya.
CP: Rotikaya.com
0 comments:
Post a Comment