Pelancong China Didenda Rm25, Menari atas Tembok Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

DUA pelancong China yang berkelakuan tidak senonoh dengan berpakaian seksi sambil menari di atas tembok pagar Masjid Bandaraya Kota Kinabalu di Kota Kinabalu, didenda oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

Salah faham terhadap Bobolian – ritual bertempur dengan roh jahat secara spiritual menurut agama tradisi Dusun.

Pada umumnya ketika ada orang mengikuti suatu ritual agama tradisi Dusun, banyak orang yang dengan mudah menghakimi bahwa penggunaan binatang-binatang dalam ritual tersebut berfungsi sebagai persembahan untuk setan dan iblis. Kenyataan ini mungkin benar pada Bobolian tertentu, tapi ada perbezaan antara Bobolian dari kelompok seperti itu dengan Bobolian yang hanya mengabdi kepada Kinorohingan (Minamangun)...

Jumlah Keseluruhan Nilai Barangan Dirampas Cecah 1.1 Bilion

SENARAI barangan yang dirampas daripada kediaman keluarga bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Ia diumumkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

The TrashPacker - PelancongTerkejut Tengok Sampah Di Pantai Lahad Datu, Sabah

I wanted to make a nice beach walk in the evening in Lahad Datud, Borneo...but...it wasn't that nice at all. I saw so much trash that i was shocked. So i was thinking by myself: "I'm going to clean this up tomorrow!".

Bunuh 5 Ahli Keluarga Kerana Sering Dihina

SEORANG wanita di India dihukum mati atas pertuduhan membunuh lima ahli keluarganya dalam sebuah majlis ‘housewarming’ pada Isnin lalu.

Sunday 14 September 2014

COOL - Rumah Tergantung Tepi Tebing, Depan Laut



CANBERRA: Tidak pernah terbayang akan ada kediaman berkonsep tergantung, lebih-lebih lagi di tebing tinggi berhadapan lautan luas di pinggir Australia.

Portal berita melaporkan rekaan yang dihasilkan arkitek negara itu dari Modscape's Ambitious Designs.

Siput laut atau teritip yang melekat dan tergantung di bawah kapal atau perahu memberi ilham kepada pereka firma berkenaan.

"Rekaannya ini sesuai dengan permintaan pelanggan yang inginkan sesuatu yang luar biasa di kawasan pantai di Australia.



"Rumah ini bukan sahaja tergantung di tebing bukit, malah memiliki pemandangan Lautan Hindi yang indah," kata jurucakap firma tersebut.

Kediaman mewah itu memiliki lima tingkat, selain digantung di tebing dengan menggunakan pin keluli kejuruteraan tinggi.

Beberapa arkitek dan pakar kejuruteraan daripada firma berkenaan akan bekerjasama membina rumah pasang siap ini.

Sumber: mstar.com.my
Share:

Wednesday 10 September 2014

Wanita miliki 2 tangan gergasi terpaksa memotong kedua belah tangan ( 3 Gambar)



Seorang wanita warga Thailand yang menderita penyakit misteri dengan memiliki dua tangan gergasi yang menyakitkan tidak mempunyai pilihan terpaksa memotong kedua belah tangannya untuk meredakan kesakitan yang dialaminya. Akhbar Daily Mail melaporkan, Duangjay Samaksamam, 59, dari wilayah Surin, Thailand dipercayai memiliki tangan paling besar di dunia seberat 9.5 kilogram setiap satu, menderita penyakit yang jarang-jarang berlaku, selain menyebabkan anggota badannya membengkak.

"Tangan saya sangat berat sehingga saya tidak mampu mengangkatnya untuk menyikat dan menyampu rambut. Saya mengalami kesakitan yang amat sangat untuk memakai pakaian.


"Beberapa orang doktor menasihati saya, satu-satunya cara bagi menanga-ni penyakit ini ialah dengan memotong tangan saya supaya saya boleh bergerak bebas. Tapi saya tidak mahu melakukannya," katanya.




Beberapa orang doktor pakar percaya pemilik kedai runcit itu merupakan satu-satunya individu di dunia ini yang menghidap penyakit Macrodystrophia Lipomastosa iaitu penyakit yang menyebabkan tangan membengkak dari bahu hingga ke jari di kedua-dua belah tangan.

Menurut Duangjay, dia pernah menjalani pembedahan bagi merawat penyakit berkenaan ketika dia berusia 25 tahun. Bagaimanapun pembedahan itu bukan sahaja gagal mengubatinya malah menyebabkan keadaannya semakin buruk.
Kerana malu dengan keadaan yang dialaminya, Duanjay menghabiskan masa selama 20 tahun `berkurung' di dalam rumah dan tidak pernah bersekolah.
Namun, Duangjay tiada pilihan apabila dia terpaksa menguruskan kedai runcit milik ibu bapanya yang kini telah uzur.
Keadaan yang dialami Duangjay itu juga menarik perhatian doktor dari seluruh dunia dan ramai yang cuba mengubatinya dengan menghilangkan bengkak berkenaan, namun gagal.

Share:

Wednesday 3 September 2014

GAMBAR: Gay Melayu Bangga Luah Cinta Di FB..



Di luar sana, tak dapat dinafikan terdapat ramai individu bernafsu songsang namun masih mempunyai rasa malu apabila berusaha menyembunyikan perkara tersebut daripada pengetahuan orang lain kerana tahu ia tidak betul dan melanggar hukum agama.
Kalau ada yang mahu menunjuk kebahagiaan hidup bersama kekasih sejenis pun, mereka masih hati-hati apabila gambar intim bersama pasangan sesat hanya dikongsikan di laman sosial tertutup.

Namun remaja Melayu beragama Islam dan berasal dari negeri Serambi Mekah di bawah  ini nampaknya mempunyai ketebalan muka luar biasa apabila tidak kisah beraksi romantik dan mesra dengan kekasih sama jantina lalu memuat naik di Facebook miliknya untuk tatapan semua orang.






Apa yang kami pelik, ramai kawannya ikut sama sengal apabila menekan LIKE dan memuji gambar yang boleh membuatkan manusia normal muntah sebagai ‘sweet’ malah mendoakan kebahagiaan mereka (pengsan).

Kalau kami yang tak kenal remaja ini pun terbuntang biji mata dan mengusap dada istighfar melihat aksi manja dia bersama ‘cik abe’ bagaimana agaknya reaksi mak ayah dia kalau dapat tahu?
Sweet kepala ban*! – MYNEWSHUB.CC
Share:

Tuesday 2 September 2014

PANAS - Pasangan Remaja Melayu Selfie Separuh Bogel


GALAK betul pasangan remaja ini yang sanggup berselfie sambil melakukan perbuatan yang tak senonoh. Bercium di tempat awam, kononnya mereka lah pasangan yang paling romantik. Tak sedar dosa pahala langsung!
Menggunakan laman sosial Instagram yang tidak diprivasikan, gambar itu dipercayai di ambil ketika pasangan itu bercuti di sebuah pulau di Pantai Timur. Seolah-olah bangga dengan perbuatannya, dia juga tanpa segan silu memuat naik gambar-gambarnya yang hanya berbikini. Feeling Minah Salleh sungguh!
Sudahlah melakukan aksi mengaibkan, lebih memalukan apabila ditegur, remaja perempuan itu cuba menegakkan benang yang basah seolah-olah aksi mereka ni tak salah langsung. Sebaliknya, yang menegur itu pula dicari kesalahannya.
Antara yang ditanya oleh seorang ‘follower’  itu samada dia seorang Islam atau tidak. Tetapi remaja perempuan ini seolah-olah mengelak dengan bertanyakan soalan yang sama kepada ‘follower’ yang dikenali dengan nama @gongzhu_puteri.
Mungkin dia tahu yang orang akan menegur tentang aksinya yang tidak sopan itu, remaja itu memberi kenyataan balas yang bermaksud “dia tidak kisah apa orang nak kata sebab kubur masing-masing!”

Amboi dek, sombong betul bila ditegur. Sebab kubur lain-lainlah orang nak tegur sekarang. Kalau kubur kita sekali boleh juga tolong mana yang patut!
Takpelah, orang tegur sebab ambil berat. Moga mereka ini diberi hidayah untuk bertaubat. Amin…- 
Share:

Facebook