Dewasa
ini lebih banyak individu bermain permainan komputer menggunakan tablet
dan telefon pintar. Ini adalah kerana ianya lebih mudah dikendali dan
mudah alih. Mengaku sajalah yang anda pernah bermain Candy Crush ataupun
Minion Rush ketika baring di atas katil. Mengaku jugalah yang at least
sekali peranti yang dipegang jatuh ataupun hampir jatuh ke atas muka
anda. Goron Tablet Cushion yang dipertontonkan di Tokyo Gaming Show
beberapa hari yang lalu cuba menyelesaikan masalah ini. Ia boleh
digunakan ketika duduk, terlentang atau baring pada sisi badan. Peranti
anda diletakkan pada pemegang khas semetara kepala anda akan terletak
selesa di atas kusyen. Harah sebuah Goron Tablet Cushion ialah Yen
19800 (RM 644) sebuah.
Laporan asal CNet
0 comments:
Post a Comment