Sunday, 29 September 2013

Bayi 14 Bulan Makan Bawang Seperti Kunyah Epa

Bayi
Setelah bayi mempunyai gigi, ibu bapa biasanya akan mula memberikan potongan sayur atau buah untuk dimakan oleh si kecil.
Antara yang biasa diberikan ialah potongan epal atau lobak. Jarang benar bawang termasuk dalam kumpulan makanan ini.
Namun di Rusia, seorang bayi selamba mengunyah bawang seperti makan epal. Rakaman yang menjadi viral ini dimuat turun bapa bayi ini, Dmytro Kulagin.
Dapat dilihat dalam rakaman, anaknya itu mengalami pedih mata dan berasa pedas di lidah namun tetap tidak melepaskan bawang di tangannya. Malah kunyahan diteruskan seolah-olah bawang itu sungguh rangup dan lazat.
Walau pun dikritik oleh sesetengah penonton, Dmytro berkata, dia tidak pernah memaksa anaknya yang berusia 1 setengah tahun itu memakan bawang semata-mata mahu merakamkannya. Malah ia dianggap lebih baik daripada sesetengah ibu bapa yang memberikan minuman berkarbonat kepada anak kecil mereka.

Share:

0 comments:

Post a Comment

Facebook