Inilah yang
dikatakan realiti dan kebenaranya. Tidak semestinya semua lelaki akan
tertarik pada seseorang wanita itu. Daripada meneka sambil berharap dan
berangan-angan kosong tidak tentu hala.
Lebih baik anda mengenali akan tanda-tandanya sedari awal sama ada seseorang lelaki itu berminat atau sebaliknya dengan anda.
Jika anda
hairan kenapa lelaki kurang tertarik pada diri anda, topik ini mungkin
boleh memberi anda gambaran kenapa anda sukar mendapat cinta dari
seorang lelaki. Jom kita Ketahui Tiga Sebab Kenapa Lelaki Tidak Tertarik
Pada Diri Anda.
Kurang Keyakinan Diri
Lelaki
adalah kaum yang lebih pemalu dari perempuan. Mereka mungkin hebat dalam
beberapa perkara, namun sifat pemalu adalah tinggi dalam beberapa
perkara. Jika anda kurang keyakinan diri dan kurang bergaul dengan dia,
dia tidak tahu anda berminat pada dia.
Disebabkan
malu juga, dia tidak akan menegur anda jika anda bersikap tidak mesra
kerana dia takut anda tidak akan layan dia semasa dia menegur anda
Anda Tidak Cool
Cepat marah,
melenting dan selalu merungut akan menyebabkan lelaki takut untuk
menghampiri anda. Lelaki paling takut jika berhadapan dengan wanita yang
penuh dengan sikap di atas.
Anda perlu
tenangkan diri dan sentiasa bersikap matang apabila berhadapan dengan
sesuatu masalah. Melalui kematangan yang anda tunjuk, lelaki akan lebih
mudah untuk jatuh cinta pada anda.
Penampilan Diri Yang Tidak Menarik
Lelaki
selalunya akan jatuh cinta pada wanita yang jaga penampilan
dirinya.Menjadi satu kebanggaan bagi lelaki apabila dia berjaya
berdamping dengan seorang wanita yang tampil dengna penampilan yang
menarik. Anda perlu jadi seorang wanita yang ceria dan sentiasa jaga
pemakaian anda supaya sentiasa menarik.
Jika anda
sudah memahami sebab-sebab yang dinyatakan di atas, jangan ragu-ragu
untuk meninggalkannya. Tidak perlu mengharap lelaki ini akan melayani
dan berlutut dihadapan anda, cari sajalah yang lain.
0 comments:
Post a Comment