Thursday 26 September 2013

Dua Remaja Bodoh Seksa Anak Kucing

Dua Remaja Keji Seksa Anak Kucing

MANUSIA di alam siber ni tak putus-putus cuba melakukan sesuatu yang boleh membuatkan mereka terkenal tidak kira perbuatan itu bakal mengundang kutukan, pujian mahupun maki hamun pada sesiapa yang membaca.

Kami pernah berkongsi melaporkan tentang satu pasangan gay yang merakamkan video gabungan gambar mereka dalam laman YouTube sehinggalah mengundang kritikan hebat di laman Facebook ekoran perbuatan jijik mereka.

Hari ini penulis menemui satu gambar yang sedang viral di Facebook tentang gambar dua orang remaja lelaki mengambil gambar berdua dengan seekor anak kucing yang diletakkan di dalam botol di tengah-tengah antara mereka berdua.

Inilah yang dikatakan sudah tak ada kerja sampai sanggup menyeksa binatang semata-mata hendakkan perhatian di laman sosial.

Kalau begini perbuatan anda, sudah pasti akan mengundang caci maki dan kejian di Facebook, tempat di mana gambar penganiayaan binatang ini dikongsikan.

Sumber asal gambar ini tidak dapat dipastikan tetapi, janganlah diperlakukan apa sahaja binatang sebegitu rupa.

Kalau anda terjumpa dua remaja lelaki ini, cuba anda letakkan mereka dalam botol dan anda pula bergambar dengan mereka. Pastinya mereka marah. Kasihan anak kucing itu.

Share:

0 comments:

Post a Comment

Facebook