Monday, 23 September 2013

Gambar Sekitar Pertandingan The Muslim Miss World Siri Jakarta (10 Gambar)

Pertandingan ini berakhir kelmarin dengan Obabiyi Aishah Ajibola dari Nigeria telah dinobatkan sebagai Miss World Muslimah 2013. Pertandingan ini telah dibiayai oleh World Muslimah Foundation. Pertandingan ini diadakan sebagai satu tentangan terhadap pertandingan Ratu Cantik yang sebenar. Seramai 20 negara telah menghantar wakil termasuk Indonesia, Iran, Malaysia, Brunei, Nigeria dan Bangladesh. 

Yang menjadi highlight adalah pakaian sepanjang Miss World Muslimah ini adalah sangat sopan dan enak mata memandang. Pertandingan ini telah dinilai melalui kemegahan mereka melalui pakaian baju kurung mereka serta pengetahuan dalam Al-Quran. Pemenang akan memenangi pelbagai hadiah termasuk tanggungan sepenuhnya untuk menunaikan haji di Makkah. Ini adalah tahun ketiga pertandingan ini dianjurkan. 



Share:

0 comments:

Post a Comment

Facebook