Monday, 30 September 2013

KONTROVERSI: Fouziah Gambus Pakai Topi Bentuk Babi?

Fouziah
Beberapa hari lepas artis manis penyanyi lagu berirama gambus Fouziah Gambus mencetus kontroversi di kalangan peminatnya selepas beliau memuatnaik gambar dengan patung permainan ‘babi’ di atas kepalanya.
Patung yang beliau letak di atas kepala itu merupakan patung satu watak dalam permainan terkenal Angry Bird dikenali sebagai Bad Piggies kerana dalam aplikasi permainan itu, ia mengeluarkan bunyi berupa babi yang berwarna hijau.
Tindakan Fouziah memuatnaik gambar sebegitu dikecam para peminatnya yang merasakan imejnya sebagai wanita Muslimah tidak sesuai untuk bergambar dengan patung berkenaan.
Menurut jawapan beliau yang disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan, beliau tidak berniat menyentuh sensitiviti mana-mana pihak dan perbuatan itu disifatkan sebagai kecil serta tidak perlu diperbesarkan.
“Saya bawa adik masuk studio rakaman Kamar Seni milik AG Coco untuk merakamkan lagu untuk album pertama yang bakal dipasarkan November depan,” katanya.
Fouziah berkata, di studio itu terdapat banyak permainan patung dan beliau sangat tertarik dengan patung bad piggies itu lantas meletakkannya di atas kepala untuk adiknya mengambil gambar itu.
“Saya tidak perasan bagaimana perkara ini boleh mencetuskan isu, lagipun memang saya tidak berniat menyinggung perasaan sesiapapun, Saya berjanji akan padam gambar ini dan lebih berhati-hati pada masa akan datang,” katanya seperti dilaporkan dalam akhbar.
Di Malaysia, bukan senang seseorang itu menjadi artis atau personaliti kerana peminat di Malaysia begitu peka pada sebarang perkembangan artis kegemaran mereka.
Tidak kurang juga segelintir golongan yang hanya menunggu artis membuat kesilapan supaya ia boleh digunakan untuk menghancurkan karier mereka.
Tambahan pula, Fouziah bakal mengeluarkan album pertama pada bulan November nanti pasti ada pihak yang mungkin cemburu dan iri hati.
Share:

0 comments:

Post a Comment

Facebook