BEIJING - Seorang pemuda, Liu Peiwen sanggup berjalan sejauh
1,609 kilometer (km) untuk melamar kekasihnya, Ling Hsueh, lapor sebuah
akhbar semalam. Peiwen, 29, mula berjalan kaki dari wilayah Henan ke
rumah kekasihnnya yang berusia 23 tahun di wilayah Guangdong di tenggara
China baru-baru ini.
Kekasih Peiwen itu berkata, dia cuma bergurau semasa menetapkan syarat untuk melamarnya iaitu berjalan kaki. Wanita itu membuat permintaan berjalan kaki itu berdasarkan lagu band dari Scotland, Proclaimers yang berjudul 500 Miles. Dalam lirik lagu itu dinyatakan seorang lelaki sanggup berjalan sehingga 1,609km untuk berada di pintu depan rumah kekasihnya.
"Dia seorang yang gila. Saya akan tetap berkahwin dengannya dan hanya bergurau semasa saya menyatakan dia perlu berjalan kaki sejauh 1,609km. "Dia sudah pun berjalan kaki semasa saya sedar mengenai tindakannya itu," katanya.

Namun Peiwen berkata: "Apabila saya tiba, saya berharap dia akan
menunggu saya dan saya akan melamarnya sekali lagi dan saya berharap dia
akan menyatakan ya," kata Peiwen. Berjalan kaki sejauh 1,609km itu
mungkin mengambil masa selama enam minggu. "Saya suka berjalan dan mahu
melihat negara ini tetapi cinta saya merupakan desakan terakhir yang
menyebabkan saya perlu lakukan," kata pemuda itu.
0 comments:
Post a Comment