Chen Jejun tinggal berseorangan di sebuah pondok usang di wilayah Shuijiang China. Dia terkenal di kampungnya sebagai seorang yang mempunyai tabiat luar biasa iaitu meminum gasolin. Setiap bulan dia akan minum lebih kurang 3.5 liter gasolin untuk melegakan sakit-sakit di badannya.
Dia mula mempunya tabiat yang pelik ini pada tahun 1969 apabila dia diserang batuk yang teruk dan sakit di dadanya. Dia mencuba pelbagai ubat tetapi tidak berkesan, kemudian ada seorang yang lebih berusia memberitahu yang dia berkemungkinan mengidap penyakit tuberculosis dan boleh mencuba meminum minyak tanah untuk melegakannya.
Selepas meminum minyak tersebut, dia mengalami sakit-sakit di perut dan tertidur. Satu jam selepas itu, dia bangun dan mendapati batuk dan sakit dadanya telah sembuh. Sejak itu dia mula meminum minyak tanah untuk melegakan sakitnya.
Pada tahun 2001, dia mula bertukar kepada gasolin kerana lebih mudah didapati di kampungnya. Doktor yang melawatnya baru-baru ini menyesahkan dia dalam keadaan sihat, doktor juga mengesahkan bahawa tubuh badan Chen Jejun mungkin telah mengeluarkan antibodi untuk mencegah gasolin tadi daripada merosakkan sistem tubuh badannya.
0 comments:
Post a Comment