Tuesday 24 September 2013

Leonid Rogozov Doktor Pertama Yang Berani Bedah Diri Sendiri


Seorang doktor Rusia yang dikenali Leonid Rogozov, 27, telah melakukan pembedahan ke atas dirinya sendiri tanpa bantuan orang lain ketika ekspedisinya ke Antartika Rusia. Beliau bertindak demikian kerana kanser pada ususnya semakin parah dan perlu dibuang ketika itu juga. Tarikh keramat pembedahan itu ialah pada malam 29 April 1961.





Ketika pembedahan itu, beliau telah menyuntik ubat bius novocaine dengan bantuan mesin mekanik dan metrologist sebelum memotong perutnya di sebelah kanan sepanjang 12cm menggunakan pisau. Untuk melihat bahagian yang dipotong, beliau menggunakan cermin kecil. Selepas membuang ususnya yang mengandungi kanser, perut yang dipotong dijahit dengan kemas. Operasi pembedahan tersebut mengambil masa 1 jam 45 minit.

Keadaan Dr Leonid kembali normal selepas 5 hari manakala jahitan pada perutnya dibuka 2 hari berikutnya. Kini, semua peralatan yang digunakannya untuk pembedahan itu dipamerkan di Muzium Artik dan Antartika, St. Petersburg, Rusia.
Share:

0 comments:

Post a Comment

Facebook