Home »
Serius
» Pengantin Remaja Dibakar, Dikurung Dalam Tandas, Dipaksa Menjadi Pelacur (5 gambar)
Seorang
pengantin remaja, Sahar Gul yang baru berusia 15 tahun telah berjaya
diselamatkan oleh pihak polis di Baghlan, Afghanistan selepas menerima
laporan dari jirannya yang mendengar tangisan Gul. Gul dikatakan telah
didera, dipukul dan dikurung di dalam tandas untuk lima bulan kerana
tidak ingin mengikut arahan keluarga suaminya untuk menjadi pelacur.
Selain
itu, Gul juga membakar kulitnya dengan puntung rokok dan mengorek
dagingnya dengan playar. Gul memberitahu dia telah dikurung oleh
keluarga suaminya terutamanya mak mertua. Polis telah berjaya menahan
mak mertua dan kakak ipar tetapi bapa mertua serta suaminya dalam
perlarian tetapi sedang diburu polis.
0 comments:
Post a Comment