Buat pertama kalinya penyanyi-penyanyi Jazz Indonesia berkumpul bagi memeriahkan majlis Indonesian Jass Festival yang diadakakan di Istora Senayan, Jakarta Pusat pada 30 dan 31 Ogos yang lalu.
Penyanyi-penyanyi jazz terkenal seperti Ireng Maulana, Maliq and D Essentials, Andien, Inna Kamarie, The Groove dan lain-lain turut memeriahkan konsert yang dibagi menjadi enam pentas ini.
Andien merupakan salah seorang dari penyanyi yang membuat persembahan pada hari pertama festival yang bermula pada pukul 2 petang itu. Dengan gaun putih yang ketat dan mempunyai bukaan dibahagian tepi tubuhnya, beliau menyampaikan sembilan lagu untuk hadirin yang hadir.
0 comments:
Post a Comment