Sunday 29 September 2013

'Saya Tidak Telanjang...Masih Memakai Bikini!' - Dewi Pertiwi


Beberapa ketika dahulu, foto seksi Indah Dewi Pertiwi yang hanya berbikini telah tersebat. Kini ia muncul kembali!
Dalam foto-foto tersebut, Indah kelihatan berposing dengan memakai bikini di tepi pantai. Penyanyi yang pernah dikatakan telah dijual oleh ibunya kerana kesempitan wang beranggapan foto tersebut tidak keterlaluan dan masih relevan. Ini kerana, beliau beranggapan beliau masih lagi berpakaian dan bukan telanjang bulat.

"Foto itu diambil sekitar tahun 2007. Saya memakai bikini itu kerana berada di tepi pantai. Tiada larangan pun untuk baju itu, lagipun, saya bukan bertelanjang," katanya.

Dengan beredarnya foto berkenaan, Indah dianggap pernah menjadi model untuk majalah-majalah lelaki dewasa sebelum menjadi penyanyi. Namun begitu, beliau manfikannya. 






"Setahu saya, dia tidak pernah menjadi mana-mana model majalah, saya telah bekerja dengan Indah sejak tahun 2010, ketika beliau memulakan kariernya sebagai penyanyi," ujar Elly, pengurus Indah seperti mana yang dilaporkan oleh Sidomi.
Share:

0 comments:

Post a Comment

Facebook