Agbogbloshie yang terletak di Ghana ialah pusat kitaran semula sampah elektronik dunia. Hampir kesemua barangan elektronik yang dibuang akan tiba disini dan kemudian dikitar semula secara analog. Dianggarkan 40 000 warga Agbogbloshie bekerja sepenuh masa di pusat pembuangan sampah elektronik di sini. Mereka membakar plastik komputer dan melebur papan litar elektonik untuk mendapatkan logam beharga.
Kehidupan pekerja di Agbogbloshie adalah sangat dhaif. Kesemua kerja dilakukan secara manual tanpa memgira kesan sampingan terhadap kesihatan. Tambah mengejutkan kumpulan kongsi gelap membeli cakera keras yang ada bagi mencuri data yang boleh dieksploitasi. Jangan ketawa tetapi Ghana ialah antara negara dalam senarai teratas jenayah atas talian dunia. Jadi sebelum anda membuang peranti elektronik anda, fikir dua kali.
Laporan asal EnviroGraffiti
0 comments:
Post a Comment