Sunday 6 October 2013

Chris Brown Hilang Teruna Pada Usia 8 Tahun

Chris Brown

Los Angeles – Chris Brown membuat pendedahan yang mengejutkan. Dia mengaku hilang teruna ketika berusia lapan tahun dengan meniduri budak perempuan berusia 14 tahun.

Dia yang dibesarkan di kawasan Virginia memberitahu, keadaan di situ amat berbeza dan pada usia berkenaan, budak lelaki tidak takut untuk `mengorat’ budak perempuan. Dengan latar belakang keluarganya, tidak ada yang mengejutkan jika Brown berperangai liar.

Brown dilahirkan pada 1989 di sebuah bandar kecil dikenali sebagai Tappahannock, yang mempunyai penduduk hanya 2,000 orang.
Ibunya bekerja di pusat asuhan manakala bapanya bekerja di sebuah penjara tempatan namun mereka bercerai ketika Brown berusia tujuh tahun.

Dia yang mempunyai seorang kakak kemudiannya menetap bersama ibunya dan bapa tirinya dan menggambarkan sebahagian hidupnya hanya berbaring di atas katil sambil mendengar bapanya tirinya itu memukul ibunya.
Mengenai dakwaan memukul penyanyi Rihanna pada 2009, Brown berkata, ia merupakan satu kejutan besar kepadanya.

Jelasnya, dia cuba menghentikan lagak seperti remaja liar dan cuba belajar daripada kes berkenaan.
“Saya tidak nyatakan ia berlaku kerana sesuatu sebab namun ia memberikan kejutan kepada minda saya supaya menjadi dewasa dan matang,’’ katanya.

Brown juga telah dikenakan arahan menjalani khidmat masyarakat selama 1,000 jam pada pertengahan Ogos lalu selepas terlibat dalam kemalangan langgar lari pada bulan Mei lepas.
Share:

0 comments:

Post a Comment

Facebook