
Masih ingatkah anda dengan salah seorang peserta Akademi Fantasia musim kesembilan iaitu Lena Haidir?
Walaupun sudah tidak aktif dalam bidang
seni namun baru-baru ini dikhabarkan Lena sudah pun mendirikan rumah
tangga dengan lelaki idamannya yang dikenali sebagai Azhar.
Gadis kelahiran Sabah ini pernah tampil dengan single Sisa Kisah Kita selepas keluar daripada AF9.
Selain itu, namanya juga pernah
dipalitkan dengan kontroversi apabila dikatakan menjalinkan hubungan
dengan rakan AF, Azri dan mereka turut dikatakan berkelakuan sumbang di
Bali, Indonesia.
Namun, itu semua kisah lama, yang penting kini dia sudah sah bergelar isteri.
Tahniah diucapkan dan semoga perkahwinannya diberkati dan kekal sehingga ke akhir hayat.


0 comments:
Post a Comment