Di dalam dunia moden
sekarang, method hukuman mati yang paling kerap digunakan ialah hukuman
gantung. Di beberapa negeri di Amerika Syarikat hukuman suntikan maut
menjadi pilihan. Di Eropah capital punishment sudahpun dilupuskan kerana
ianya melanggar undang-undang hak asasi manusia mereka. Hukuman mati
yang dijalankan sekarang walaupun dianggap paling berperikemanusiaan
dianggap terlalu ekstreme.
Ini membawa kita kepada sebuah teknik menjatuhkan hukuman mati yang tidak lagi digunakan. Teknik menjatuhkan hukuman mati ini dipanggil "Shooting From A Gun" ataupun dalam bahasa bumiputera songkok tingginya ditembak dengan menggunakan meriam. Teknik hukuman mati ini adalah brutal. Seorang pesalah akan diikat pada muncung sebuah meriam. Tangan dan kaki beliau didepangkan dan diikat pada roda meriam. Muncung meriam diletakkan pada bahagian belakang pesalah dan kemudia meriam dinyalakan.

Tubuh pesalah
akan secara segera meletup kerana tekanan akibat letupan meriam ini.
Tekanan udara sudah memandai untuk membunuh dan peluru meriam tidak
diperlukan untuk menemukan pesalah dengan the bearded dude in the sky.
Terdapat pelbagai catatan sejarah yang menyatakan tubuh pesalah akan
terburai sejauh 40 kaki dari muncung meriam. Kerana hukuman ini
dijalankan di hadapan orang awam, terdapat juga rekod penonton yang
tercedera kerana terkena cebisan pesalah yang terbang kesemua arah.
Teknik ditembak meriam sehingga mati ini dipercayai dicipta di Portugal pada abad ke 16. Namun penggunaanya sebagai teknik hukuman mati tersebar ke 4 penjuru dunia. Terdapat catatan ianya digunakan di Turki dan Kesultanan Acheh!
Tetapi hukuman ini sinonim dan digunakan secara besar-besaran oleh penjajah British di India. Pada tahun 1857 berlaku Pemberontakan Sepoy. Pemberontakan ini berlaku kerana askar Sepoy di bawah bidang kuasa Kompeni Hindia Timur Inggeris marah dengan penggunaan pelincir tallow pada katrij sebuk peluru raifal mereka. Pelincir allow ini dihasilkan menggunakan campuran lemak babi, lemak lembu dan lilin lebah. Majoriti askar Sepoy adalah beragama Islam dan Hindu. Kewujudan lemak babi dan lembu pada katrij serbuk peluru yang perlu digigit sebelum boleh digunakan dikatakan menghina sensitiviti agama mereka. Akibat dari pemberontakan ini puluhan rakyat empayar British terbunuh. Pemberontakan Sepoy kini dianggap sebagai permulaan penentangan terhadap penaklukan British di India.
Selepas pemberontakan ini berjaya dihentikan, puluhan askar Sepoy yang didapati bersalah menentang kuasa British dijatuhkan hukuman mati. Bagi menakut-nakutkan orang India dari cuba bangun dan menentang mereka, hukuman mati menggunakan meriam digunakan oleh British. Puluhan pemberontak diletupkan dikawasan awam untuk tontonan umum. Gruesome!
Di Kesultanan Acheh hukuman ini pernah dijatuhkan keatas lanun pada tahun 1810. Seorang paderi Kristian juga dikatakan dijatuhkan hukuman yang sama pada tahun 1583 kerana cuba menyebarkan agama Kristian di Acheh.
Kali terakhir hukuman ini dijalankan ialah pada tahun 1930 di Afghanistan dimana 11 orang penentang bebangsa Tajik diletupkan kerana terlibat didalam komplot menggulingkan Sultan.

Laporan asal Wikipedia
0 comments:
Post a Comment