KAMI tidak tahu apa signifikannya penggunaan kereta paling murah di dunia, Tata Nano sebagai kereta polis di New Delhi.
Satu-satunya alasan yang boleh difikirkan ialah saiznya yang kecil
dapat mengelakkan ia daripada tersangkut dalam kesesakan jalan raya.
Kereta polis ini turut dilengkapi dengan sistem bantuan kecemasan
mobil dan digunakan untuk pencegahan jenayah terhadap wanita dan
kanak-kanak.
Oh, maknanya tidak perlulah kenderaan yang pantas dan cepat untuk golongan ini?
Sebab lain yang boleh difikirkan ialah untuk meningkatkan kadar penjimatan dari segi keselamatan.
Hai, biar apapun alasan, jangan sampai penjenayah tergelak tengok polis ‘semput-semput’ mengejar mereka sudahlah.
0 comments:
Post a Comment