Lady Gaga meneruskan imej persis wanita mental yang sering
ditunjukkannya kepada umum apabila beraksi ala kena rasuk ketika
mengadakan persembahan di kelab G-A-Y, London, minggu lalu.
Aksi itu dipertontonkannya ketika mendendangkan single terbarunya berjudul Venus yang baru dilancarkan Isnin lalu.
Tidak cukup dengan itu, Gaga membuat kejutan lain apabila
menanggalkan gaun putih yang dikenakannya usai persembahan lalu
bertelanjang bulat meninggalkan pentas.
Aksi itu menghangatkan suasaan dengan ramai penonton mula
mengeluarkan telefon bimbit, merakam aksinya lalu berkongsi gambar dan
video di laman sosial masing-masing.
Salah seorangnya bintang ‘Little Britain’, Matt Lucas yang mengakui
Gaga telah berjaya mengejutkan penonton pada malam tersebut.
Bagaimanapun sambungnya, kesemua mereka masih tetap ‘gay’.
0 comments:
Post a Comment