Tiga
wanita di Zimbabwe telah didakwa melakukan serangan seks atau rogol
kepada lelaki dan menggunakan air mani mangsa mereka untuk upacara ilmu
hitam. Sisters Sophie, 26, Netsai Nhokwara, 24, dan Rosemary Chakwizira,
28, telah didakwa di mahkamah Harare berkaitan dengan rentetan serangan
seks ke atas mangsa yang kali pertama membuat laporan dua tahun yang
lalu.
Mereka
turut ditahan bersama-sama Thulani Ngwenya, 24, yang merupakan teman
lelaki Sophie Nhokwara. Menurut akhbar Zimbawe, The Herald melaporkan
wanita ini dilaporkan memberi tumpang kepada remaja berusia 19 tahun
pada Mac tahun ini dan kemudian memabukkannya dengan bahan yang tidak
diketahui.
Ketiga-tiga
wanita dibawa ke mahkamah untuk menghadapi tuduhan melakukan serangan
seksual atau rogol. Pendakwa Raya Michael Reza memberitahu mahkamah
bahawa mereka didakwa memaksa remaja tersebut memakai kondom sebelum
mengadakan hubungan seks dengan ketiga-tiga mereka.
Mereka
kemudiannya mengambil kondom yang mengandungi air mani dan meninggalkan
mangsa yang tidak sedarkan diri selepas disemburkan bahan yang tidak
diketahui pada mukanya.
Pada
22 Ogos, mereka didakwa telah menumpangkan seorang askar dan memaksanya
untuk mengadakan hubungan seks dengan mereka selepas diancam akan
ditembak jika enggan, pendakwa memberitahu kepada mahkamah. Dalam kes
lain, ketiga-tiga mereka dikatakan telah berhenti di sebelah seorang
anggota polis, mengheretnya ke dalam kereta selepas berpura-pura
bertanyakan arah jalan dan memaksanya untuk mengadakan hubungan seks
dengan mereka. http://www.blogbahni.com/
Kumpulan
perogol wanita ini menggunakan kereta yang berbeza untuk menahan 15
orang lelaki dan merogol mereka. Mereka telah ditahan terlibat dalam
satu kemalangan di mana seorang pejalan kaki terbunuh. Polis menemui 33
kondom yang telah digunakan dan mengandungi air mani di dalam but
kereta. Majistret Kudakwashe Jarabini tidak membenarkan ikat jamin bagi
keempat-empat tertuduh.
Sehari
sebelum mereka dibawa ke Harare, lebih daripada 50 orang menyerbu ke
balai polis Gweru di mana ketiga-tiga wanita ini telah ditahan. Apabila
wanita ini disoal siasat oleh polis, penduduk tempatan telah berkumpul
di luar. Salah seorang daripada mereka, Nkululeko Ndlovu berkata: "Orang
ramai perlu diberi peluang untuk melihat wanita-wanita ini Kami mahu
tahu apa yang mereka telah lakukan dengan air mani tersebut."
Seorang
lagi penduduk, Mangoma Mary, berkata "Mereka sangat mewah dan membuat
wang melalui perbuatan ini." "Mereka akan mengubah gaya rambut mereka
dalam masa kurang daripada tiga hari dan saya mengkagumi mereka, tetapi
sekarang saya tahu bahawa ia bukannya wang yang bersih." Watch
Ruparanganda, seorang profesor sosiologi di Universiti Zimbabwe, berkata
sperma sering digunakan dalam ritual kerana ia dikaitkan dengan
penghidupan semula hidup. http://www.blogbahni.com/
''Orang
percaya sperma boleh membuat nasib seseorang bertambah baik,''katanya,
sambil menambah bahawa peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab
berselindung di sebalik wanita ini. Daily News Zimbabwe melaporkan
bahawa air mani yang digunakan dalam ritual pemujaan ini ibarat pisang
"panas" di Afrika Selatan, di mana kondom yang penuh dengan cecair mani
boleh dijual sehingga mencecah sebanyak AS $ 390 (RM1, 215).
0 comments:
Post a Comment