Sanggup menghabiskan wang sebanyak RM315,000 semata-mata mahu kelihatan seperti hero pujaannya, Justin Bieber.
Bagi Toby Sheldon, dia sanggup membelanjakan wang itu semata-mata kerana mahu kelihatan seperti penyanyi berkenaan.
Bagi tujuan itu, Sheldon menggunakan wang simpananya untuk membuat pembedahan plastik di bahagian muka, dagu dan kelopak mata.
Obsesi tersebut bermula ketika dia melakukan rawatan rambut untuk mengelakkan rambutnya gugur pada usia 23 tahun.
Kini pada usia 33 tahun, dia mahu menjadi seperti Bieber, yang muda 14 tahun daripadanya.
“Ketika Justin mula-mula popular pada 2008, saya mula terpikir mahu menjadi sepertinya.,’’ katanya.
Dia kemudiannya membelanjakan sebanyak RM25,000 untuk mendapatkan rambut seperti Bieber, namun tidak gembira dengan rawatan itu.
“Saya terpaksa melalui tiga kali rawatan rambut yang berjumlah RM66,000 dan ketika itu terpaksa membawa bersama gambar Bieber untuk ditunjukkan kepada pakar,’’ katanya.
Selepas berjaya mendapatkan rambut seperti Bieber, Sheldon yang mengaku takut menjadi tua, memutuskan bahawa usahanya itu masih belum berakhir.
Dia mula memikirkan untuk mengekalkan wajah muda dengan melakukan pembedahan plastik.
Pada 2012, Sheldon mengambil suntikan Botox dan Aquamid di bahagian dahi, sebelum menjalani pembedahan di bahagian kelopak mata.
“Saya terpaksa menemui lapan pakar bedah sebelum salah seorang daripada mereka bersetuju untuk melakukan pembedahan ke atas saya. Ramai yang menyangka bahawa saya gila,’’ katanya.
Meskipun selepas menghabiskan lebih RM300,000, Sheldon masih belum berpuas hati kerana rupanya tidak mencapai impiannya.
Apa yang perlu dilakukan kini ialah melakukan pembedahan di bahagian hidung dan rahang, seperti yang dicadangkan oleh pakar bedah.
0 comments:
Post a Comment