Home »
Cerita
» Misteri HANTU MELATI Di Kampus UiTM Sabah Kekal Hingga Sekarang
Bila
aku masuk penghujung tahun 2005, macam2 aku dengar daripada senior. Tak
taw la sama ada diorang sengaja reka atau memang betul apa yang
diceritakan tu. Ni senior la yang cerita. Kata mereka, tapak UiTM Sabah
ni adalah kawasan perkampungan jin suatu ketika dulu. Bagi membuka
kampus ni, satu perjanjian telah dibuat antara pihak UiTM dan jin
tersebut. UiTM boleh dibina dengan perjanjian, 3 syarat yang mereka
berikan mesti dipatuhi dan tidak boleh dilanggar. Dengan kata lain, ada 3
perkara yang kita dilarang buat di kawasan kampus.
Kalau tidak,
penghuni UiTM akan terima balasan. 3 syarat tu aku tak boleh la jelaskan
apa sebab aku pun tak berapa pasti sangat apa syarat2 tu. Tapi yang aku
dikhabarkan, dua dari syarat tu telah dilanggar. Sebab itulah makin
banyak kejadian aneh berlaku kat kampus ni. Tak tahu la kesahihan cerita
ni sebab aku pun tak berapa nak percaya sangat. Tapi begitulah kisah
yang disampaikan oleh senior2 sejak turun temurun.hehehe. Kalau korang
nak atau taknak percaya, suka hati la kan.
Kita sambung lagi
kisah2 seterusnya.... Dulu kelas kami semua di Fasa 3. Di sana pun
banyak kisah2 seram yang aku dengar daripada pak guard dan staf2 yang
bertugas di sana. Tempat yanmg paling menyeramkan di Fasa 3 tu ialah di
anjung..tempat makan di sana. Aku diberitahu yang di sana adalah tempat
pontianak sebab memang ada yang pernah nampak pontianak tu di sana.
Selain di anjung tu, bangunan InEd sekarang adalah salah satu bangunan
yang berhantu... Dulu, di sana adalah tempat pengawal...pengawal yang
tinggal sana selalu diganggu malam2.Dekat2 dengan kawasan pejabat HEA
pun 'keras' juga. Memang di sana tu seram sikit.
Aku p stay malam2 pun
memang menyeramkan. Orang cakap, di sana tu adalah laluan hantu. Malam2
akan ada kelibat hantu di sana. Errr... ~ Seperti yang aku cakap, dulu
di sana tu kelas. Staf2 yang bekerja malam2 di sana selalu kena. Macam
mana kena? Bila diorang tutup lampu, akan ada yang on balik tu lampu.
Pernah diorang nampak 'sesuatu' jalan2 sekitar bangunan tu di tengah2
malam. Ada sorang brader ni citer, dia pernah sapa sorang guard yang dia
jumpa. Tapi guard tu senyap jak. Bila brader tu jalan depan lagi, dia
terserempak lagi guard td. Terus dia tanya macam mana guard tu ada di
sana sedangkan tadi dia baru je terserempak. Rupa-rupanya guard tu baru
je sampai. Naaa..maknanya........ siapa la yang dia jumpa td?? Meremang
bulu roma aku tulis kisah ni.
Kolej lama di sebelah library
memang menjadi bangunan yang paling ditakuti oleh semua warga kolej.
Kenapa? Sebab ia adalah banngunan yang ditinggalkan dan dikhabarkan
terdapat lebih 300 jin yang tinggal di sana sekarang. Orang cakap,
apabila ada histeria, 'benda' dalam badan budak tu akan dihalau p kolej
lama ni. Memang patut la orang takut kan.hahaha. Dulu di sana adalah
pejabat kokurikulum. Ada komander pernah cerita yang diorang pernah
nampak hantu berdiri depan diorang.. Lintang pukang diorang. Nama MELATI
memang popular di kalangan pelajar UiTM. Bagi diorang Melati adalah
hantu jelmaan daripada seorang pelajar yang bunuh diri di kolej lama.
Entah la betul ka xdak cerita tu. Aku tak berapa percaya sangat. Memang
ada aku dengar pelajar kita pernah buuh diri...tapi tak tahu la d mana
dia bunuh diri tu. Tapi memang Melati cukup dikenali. Bahkan bdk2 yang
histeria..bila ditanya siapa mereka.. jawapannya tetap sama..
MELATI..... Hantu pun suka guna nama Melati. Sah la memang Melati tu
paling popular di UiTM Sabah.
yang ni dari blog yang lain kisah yg sama
Seperti tajuk diatas, apa kena mengenanya Melati dengan cerita seram
kali ini.Cerita Melati ini bukan lah kisah cinta..jauh skali kalau
cerita cara memasak rendang ayam.Kalau nak tau.. Melati ni la sejak
dahulu hinggalah sekarang masih lagi menjadi penghuni tetap d kawasan
asrama ITM(uitm) Sabah.Sebut sahaja Melati, rata-rata penghuni asrama
UiTM Sabah tau sapa Melati. Siapa yang tidak tau ni..mmg saja mau cari
psal..
Menurut senior-senior yang terdahulu..Melati ni merupakan roh
pelajar perempuan yang telah membunuh diri dengan menggantung diri.
Tapi ada juga yang cakap,Melati memotong urat nadi ditangannya dan
bersembunyi di dalam almari agar tidak diketahui oleh sesiapapun.
Bermacam-macam cerita yang diceritakan tentang cara Melati membunuh
diri..tapi realitinya..dia tetap mati dan menjadi roh yang menggangu
setiap pelajar di asrama tersebut.
Selalunya..’dia’ ini akan
mengacau bila tibanya dekat time exam..ntahlah mcm ada musim
pula..Sewaktu aku masih menuntut dulu kat ITM(Uitm) Sabah..aku ada
dengar, pelajar perempuan pernah tinggal dekat blok B dan C. Tapi sejak
peristiwa histeria yg berlaku berulang kali, semua pelajar perempuan
dipindahkan ke blok D,E dan F dan lelaki pula ke blok B dan C. Menurut
pihak asrama pd waktu itu, pertukaran tempat perlu bagi mengelakkan
peristiwa(histeria) berulang kembali..mereka yg ‘bijak’ ini beranggapan
pelajar lelaki tidak mudah terkena histeria kerana kuat semangat(ya la
tu)
Waktu kami mula-mula menetap dahulu, setiap tandas d blok B dan C
tidak mempunyai cermin kerana telah dibuka oleh pihak asrama. Menurut
mereka..ada pelajar lelaki ternampak bayangan perempuan melalui cermin
tandas. Setelah diperiksa berulang kali..mereka tidak menemui seorang
perempuan pun..so kita cuma akan nampak Melati melalui cermin.(ada
cermin atau tiada..’dia’ tetap ada dsitu)
Pernah ada budak junior
yang baru datang,tinggal d blok B(satu blok asrama la).Apabila
dceritakan tentang Melati ini..mereka dengan eksen ketawa dan berkata
kalau mereka nampak Melati nanti, diorang akan minta nombor ekor.Pagi
keesokkan harinya, mereka berjumpa dengan kami..mereka kononnya telah
diganggu oleh Melati dan meminta sedikit nasihat. Kerana ada diantara
mereka ditampar dan ada pula katil bergegar seolah olah ada orang sedang
melompat diatas katil.
Gambar Terkini yang dikongsikan melalui Facebook>>
0 comments:
Post a Comment