Seorang wanita muda yang bertelanjang bulat selepas berpesta di dalam bandar sedang diburu polis.
Gambar-gambar aksi bogel seorang wanita di Hengshan Road telah dimuat naik ke internet baru-baru ini telah mendapat perhatian seluruh dunia, termasuklah pihak polis Shanghai lapor Shanghai Daily.
Wanita tersebut, pada mulanya dilihat memakai jaket nipis mengambil gambar di hadapan orang ramai yang lalu lalang di depan jalan.
Ada pelayar internet berpendapat wanita sedang mabuk dan tidak sedar gambarnya diambil dalam keadaan bogel.
Namun begitu, beberapa ketika kemudian, dua lagi set gambar bogel wanita yang beraksi di Xintiandi dan Bund dimuat naik.
Dengan memakai pakaian berwarna biru dan tanpa lengan dalam aksi lain, beliau telah menyelak hingga nampak bahagian sulitnya.
Ramai pengguna web beranggapan ianya adalah wanita yang sama.
Malah ada yang menuduhnya sebagai perempuan murahan yang tidak malu. Tak kurang juga mendakwa ianya satu strategi pemasaran syarikat pornografi untuk menarik pelanggan.
Polis melalui bahagian keselamatan rangkaian sedang memburu punca asal foto-foto berkenaan.
0 comments:
Post a Comment