Seperti biasa, pada suatu petang pada bulan Ogos 1971, Maria Gomez Camara ke dapur untuk menyiapkan hidangan makan malam keluarganya. Namun, Maria menjerit ketakutan apabila melihat keanehan di lantai dapurnya.
Terpampang wajah seorang lelaki yang tidak dikenali pada lantai rumahnya. Mata lelaki itu bagaikan sedang menatap dengan pandangan yg dingin. Paparan wajah itu tidak ubah seperti potret lukisan, bezanya ia dilakarkan di atas lantai. Maria terkejut dan kehairanan bagaimana potret lelaki berkenaan berada di lantai dapurnya. Setahu Maria, lantai dapurnya bersih sebelum itu. Mana mungkin ada orang yg datang melukis di situ.
Kisah lukisan yg misteri yg timbul pada lantai rumah Maria dengan cepat menjadi popular. Berduyun-duyun penduduk desa Belmez, slah sebuah kawasan pedalaman Sepanyol datang ke rumah Maria untuk menyaksikan misteri tersebut. Mereka percaya, lukisan yg timbul secara misteri itu bagaikan sesuatu menifestasi dari dunia roh.
Maria berasa terganggu dengan potret misteri tersebut dan dia tidak lagi berani menggunakan dapur berkenaan. Seminggu kemudian, dengan menggunakan sebilah kapak anak lelaki Maria memecahkan lantai dapur rumah mereka bersama-sama dengan lukisan berkenaan. Setelah wajah lelaki tersebut hilang, lantai dapur disemen sekali lagi.
0 comments:
Post a Comment