Kemesraan di antara pasangan Nora Danish dan Nedim Nazri Aziz kini
sudah menjadi perbualan hangat di antara peminat aktres kecil molek itu.
Walaupun tiada sebarang kenyataan rasmi dari Nora berhubung status
sebenar hubungannya dengan Nedim namun rata-rata peminat mengatakan
mereka kini sedang hangat bercinta ekoran pengkongsian gambar bersama
yang kerap dimuat naik Nora dan Nedim melalui laman Instagram
masing-masing.
Namun, hari ini menerusi akaun Instagramnya, Nedim atau @bossned menggunakan kata ganti diri ‘my love’ yang merujuk kepada Nora.
Adakah ini merupakan pengakuan cinta si jejaka kepada gadis idamannya?
Tentunya pengakuan ini mengujakan buat Nora kerana yelah kerana mereka kini ibarat belangkas.
Pergi kemana-mana pun berdua, memang seperti pasangan yang sedang hangat bercinta.
Lagipun kedua-duanya pun memang sedang solo, rasanya tak salah untuk
mengakui hubungan itu sekiranya memang benar mereka sedang bercinta.
Tak gitu?
0 comments:
Post a Comment