Saturday 12 October 2013

Personaliti TV Di Turki Dipecat Kerana Terlalu Seksi

Gozde Kansu

SEORANG personaliti televisyen di Turki dipecat dari jawatannya ekoran pemakaiannya yang seksi pada satu program siaran langsung.

Gozde Kansu dipecat selepas pakaiannya yang berwarna hitam dianggap tidak boleh diterima.

Wakil kerajaan Turki Huseyin Celik berkata pihak kerajaan biasanya tidak masuk campur hal peribadi sesiapa tetapi menganggap perbuatan Kansu telah melampau.

“Kami tidak mencampuri urusan peribadi sesiapa tetapi pakaian tersebut melampau, ia tidak boleh diterima,” katanya.

Celik dari parti pemerintah iaitu Parti Keadilan dan Pembangunan dilaporkan tidak mendedahkan nama personaliti televisyen itu tetapi menggambarkan indidivu itu berpakaian yang sudah melampaui batas.

Stesen televisyen tempat Kansu telah mengesahkan pemecatannya dan penerbit rancangan berkenaan berkata Kansu tidak akan lagi mengambil bahagian dalam mana-mana penerbitan stesen itu selepas ini.
Share:

0 comments:

Post a Comment

Facebook