Pelakon cantik Ros Ramona Qadira atau Ramona Zam Zam menafikan dakwaan bahawa dia suka mengunjungi rumah seorang lelaki berpangkat Datuk yang terletak di pinggir ibu kota.
Ramona juga dituduh menjadi perempuan simpanan kepada usahawan tersebut.
Menafikan sekerasnya dakwaan tersebut, Ramona berkata, “demi Allah, saya tidak pernah mengunjungi mana-mana rumah Datuk dan saya mengaku saya seorang kaki lepak kalau saya tiada penggambaran.
“Saya tidak tahu daripada mana cerita ini boleh timbul dan sepanjang karier saya ini tuduhan paling melampau pernah saya terima. Sayat tahu saya tidak popular tapi kenapa perlu nak jatuhkan saya?,” katanya memetik laporan sebuah akhbar, hari ini.
Ramona turut menjelaskan mungkin orang tersalah anggap kerana dia mempunyai seorang bapa saudara yang bergelar Datuk yang selalu dilawatinya jika ada kelapanngan.
“Saya mempunyai seorang bapa saudara bergelar Datuk yang kediamannya terletak di Batu Caves, Selangor. Mungkin dia inidividu yang dimaksudkan cuma setiap kali saya berkunjung ke rumahnya saya akan datang bersama-sama keluarga saya. Kali terakhir ke rumahnya pun beberapa minggu lalu sempena rumah terbuka Aidilfitri,” jelasnya sambil menambah dia tidak teragak-agak untuk membawa kes ini ke mahkamah sekiranya namanya terus dikaitkan dengan fitnah sebegitu.
0 comments:
Post a Comment