Sebuah apartment di Perancis menunjukkan
satu bukti jelas betapa peningkatan kos kediaman menjadi masalah di
seluruh pelusuk dunia.
Di bandar Reims, Perancis sebuah rumah
pangsapuri untuk disewa begitu kecil sehingga dapur dan tandas terpaksa
digabungkan bersama dengan dapur tempat memasak makanan anda.
Harga sewaan rumah berkenaan ialah £169 kira-kira RM861.69 sebulan.
Pastinya dengan rekabentuk rumah
sebegini pasti menjimatkan masa untuk anda memasak dan pergi ke tandas
tetapi mungkin tahap kebersihan makanan anda mungkin akan diragui.
Unit rumah itu hanya berukuran 9 meter persegi turut dilengkapi dengan katil bertingkat.
Dengan bilik mandi diletakkan
bersebelahan dapur memasak, penyewa boleh memantau proses memasak mereka
sambil mandi mengelakkan makanan mereka hangus atau hangit.
Mungkin di negara kita, akan tiba masanya kita akan mendiami rumah-rumah sebegini rupa.
Oleh sebab itulah, kerajaan dengan
pelbagai inisiatif cuba memberi peluang kepada rakyat Malaysia
terutamanya golongan muda dan yang malu memulakan dunia pekerjaan untuk
memiliki rumah sendiri.
Ia bagi mengelakkan rakyat menjadi
mangsa kerakusan kemajuan dalam mengejar kekayaan sehingga rakyat
terpaksa tinggal dalam ruang rumah yang sempit dan terhad ekoran harga
rumah dan tanah yang semakin meningkat.
0 comments:
Post a Comment