Tuesday 8 October 2013

Van Diesel Kini Pakar Mencipa Kata-Kata Motivasi


Bintang Riddick, Vin Diesel yang terkenal dengan aksi lasak dalam setiap filemnya memikat 46 juta peminat di laman sosial Facebook kerana ingin berkongsi kata-kata inspirasinya.

Daily Star melaporkan, Diesel telah menulis satu petikan iaitu “Don’t wait for the perfect moment. Take the moment and make it perfect.” (Seseorang itu tidak perlu menunggu untuk masa yang sempurna, sebaliknya perlu membuat ia sempurna) sekali gus menjadikan ia sebagai kata inspirasi paling banyak dikongsi di laman sosial itu.

Sebelum itu, menerusi satu mutiara kata yang ditulisnya, “You angels can turn hate to love, change poison into medicine and replace doubt with dreams”  berjaya menerima 200,718 ‘like’ dalam laman sosial berkenaan.

Tambah Diesel, setiap kata-kata yang ditulisnya di laman sosial tersebut merupakan sebuah tugasan besar baginya.

Difahamkan bahawa Diesel dijemput ke ibu pejabat Facebook di California, Amerika Syarikat untuk bercakap tentang kejayaannya mencipta kata-kata motivasi tersebut.

Satu-satunya bintang Hollywood kelas A yang mempunyai ramai peminat di laman sosial Facebook adalah Will Smith dengan 49 juta peminat tetapi nampaknya Diesel bakal mengubah  akan hal itu tidak lama lagi.
Share:

0 comments:

Post a Comment

Facebook