Monday 28 October 2013

Wanita Korea obses dengan trend 'eye bag'



Boleh dikatakan wanita di seluruh dunia berbelanja besar untuk membuang dan menghilangkan 'eye bag' akibat tidur lewat atau berjaga sepanjang hari tanpa rehat, tetapi lain pula bagi wanita di Korea kerana rata-rata wanita di sana sangat obsess dengan trend Aegyo Sal 'eye bag' kerana menganggapnya cantik. 

Aegyo Sal ialah bengkak yang pada bawah mata tetapi mempunyai ton warna yang sama dengan kulit. Berbeza dengan 'eye bag' biasa yang berwarna gelap. 



Di sana mereka boleh mendapatkan Aegyo sal secara sementara dengan meletakkan getah kecil yang dilekatkan di bawah mata dengan perlahan agar tidak tertanggal, namun pembedahan plastik Aegyo merupakan salah satu pilihan paling popular. 

Jadi, kepada wanita-wanita di luar sana yang ingin mencuba trend Aegyo Sal ini untuk sementara, boleh lah melihat tutorial di YouTube.
Share:

0 comments:

Post a Comment

Facebook