Saturday 16 November 2013

BATKID Adiwira Terbaru, Selamatkan Bandar San Francisco Dari Penjenayah


SAN FRANCISCO – Seorang budak yang sedang menjalani pemulihan akibat penyakit kanser menjadi adi wira cilik selama sehari di sini kelmarin.

Budak tersebut, Miles Scott memakai kostum Batkid menangkap pencuri terkenal dalam filem Batman, Riddler dan menumpaskan Penguin.

Scott yang memakai kostum Batkid dibantu seorang lelaki yang memakai kostum Batman bagi menumpaskan dua penjenayah tersebut.

Ribuan penduduk memberi penghormatan dengan berdiri di tepi jalan bagi menunggu ketibaan Batkid itu yang menaiki sebuah kereta Lamborghini dekat sebuah bangunan yang pernah menempatkan sebuah bank.

Dalam lakonan itu, Batkid dan Batman kemudian berjaya menangkap Riddler di bangunan tersebut kerana dia cuba untuk merompak.

Batkid juga berjaya menumpaskan Penguin yang dilakonkan oleh seorang lelaki ketika dia menjadikan maskot anjing laut sebagai tebusan.
Lakonan itu dianjurkan oleh Yayasan Make-a-Wish yang merupakan sebuah pertubuhan kebajikan.

Pertubuhan itu menunaikan hasrat dan impian golongan yang tidak bernasib baik.
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama turut menghantar mesej pendek kepada Batkid itu dengan meminta dia terus melakukan kerja yang membawa kebaikan kepada orang ramai. – Agensi












Share:

0 comments:

Post a Comment

Facebook