Ini
bukan gimik filem atau skrip drama lakonan mereka bersama. Sekurang
kurangnya itu’lah yang dilaporkan Berita Harian hari ini. Johan As’ari
telah pun melamar pelakon seksi Lana Nordin untuk menjadi permaisuri
hidupnya hanya selepas tiga hari berjumpa.
Mereka bertemu buat pertama kali ketika menjayakan sebuah program pada 18 Oktober 2013 yang lalu dan tiga hari kemudian, Johan As’ari terus meluahkan isi hati dan hasrat beliau untuk memperisterikan Lana Nordin.
Johan
As’ari juga percaya & yakin yang Lana Nordin merupakan calon suri
seperti yang didoakan di depan Kaabah ketika mengerjakan umrah, awal
tahun ini.
“Selepas
bertukar nombor telefon, kami keluar makan tiga hari berturut turut
sebelam saya tekad membuka mulut mahu menyuntingnya,” jelas Johan
As’ari.
“Lana
sangat menyenangkan. Dia nampak lincah tetapi punya kelembutan
tersendiri. Memang dia sendiri terkejut dan bertanya semula. Mungkin
tiga hari terlampau awal untuk menyelami hati seseorang. Saya yakin
cinta kami akan terus bersemi selepas kahwin”
Lana
Nordin hadir menemani Johan As’ari ke Balai Berita NSTP untuk promosi
filem Paku namun mereka berdua nampak manja selain memanggil diri masing
masing dengan gelaran baby & sayang tidak mampu menutup status
mereka yang sedang hangat bercinta.
“Kalau
ikutkan, kami tidka mahu menangguhkan perkara baik — cuma tempohnya
terlalu dekat, mungkin lebih sesuai awal tahun depan supaya persiapan
dapat dilakukan tanpa tergesa gesa,” tambah Johan As’ari yang tidak mahu
dedahkan tarikh pernikahan.
Keberanian & Keikhlasan Johan As’ari Buka Hati Lana Nordin
Lana
Nordin pula berkata yang beliau memang mencari teman hidup yang boleh
membimbing dirinya selain hati beliau terpikat dengan keberanian Johan
As’ari dan juga keikhlasan untuk menjadikan dirinya sebagai permaisuri
hidupnya.
“Saya
nampak ketulusan hatinya. Walaupun terkejut, saya sebak apabila dia
menyatakan alasan mahu menjadikan saya isteri. Sebagai wanita, saya
memang mencari pembimbing yang boleh membimbing. Doa saya dimakbulkan
apabila dipertemukan dengan Johan”
“Ketika
dia meluahkan perasaan, saya hanya memintanya bertemu terus dengan
keluarga andai benar benar serius. Dia bukan main main. Sebagai wanita,
lebih manis kalau johan saja berbicara soal tunang dan berkahwin,” jelas
Lana Nordin.
Sumber: Rotikaya
0 comments:
Post a Comment