Jangan mudah merasa rendah diri jika anda termasuk dalam kategori lelaki berbadan gemuk. Ini kerana kebanyakan lelaki yang memiliki badan agak berisi, gempal, atau gemuk dikatakan lebih setia jika dibandingkan dengan lelaki berbadan kurus & sederhana. Ia berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sebuah Badan Pertubuhan di Jerman baru-baru ini.
Satu soal selidik telah dilakukan ke atas 1000 orang lelaki Jerman berusia antara 31 hingga 69 tahun. Setiap responden diberi soalan tentang daya tarikan mereka terhadap seksual. Hasilnya didapati 23% lelaki yang termasuk dalam kategori memiliki berat badan ideal mengakui bahawa mereka cenderung untuk bersikap curang. Bagi lelaki dalam kategori berat badan berlebihan, hanya 11% yang tertarik untuk bersikap curang terhadap pasangan mereka. Manakala 19% lelaki yang memiliki berat badan terlebih kurus akan cenderung bersikap curang terhadap pasangannya.
Justeru itu, para penyelidik membuat kesimpulan bahawa lelaki yang gemuk akan lebih cenderung untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius dan bersedia untuk memberi komitmen berbanding bersikap curang.
Selain itu, perut berotot yang dimiliki lelaki didapati tidak menjadi
faktor utama untuk menarik perhatian wanita. Kumpulan penyelidik dari
University of Queensland, Australia membuat kesimpulan tersebut dari
pemerhatian terhadap iklan yang menampilkan beberapa bentuk badan
lelaki. Didapati, purata wanita yang tertarik dengan lelaki berbadan
gemuk dan berbadan sasa adalah hampir sama.
Phillippa Diedrichs, seorang penyelidik menyatakan, promosi iklan menggunakan model lelaki yang berbadan sasa adalah tidak terlalu perlu. Hasil kajian ini telah menjadi bahan perdebatan di antara pihak media tentang bentuk tubuh lelaki paling sempurna. Malah, hingga kini secara khusus, telah memberi gangguan kepada pola pemakanan di kalangan wanita muda.
"Beberapa responden beranggapan bahawa model lelaki berbadan sasa menunjukkan imej homoseksual. Imej tersebut bagi mereka mungkin tidak sesuai dan menjengkelkan,” kata Diedrichs, dipetik dari Times Of India. Hasil kajian Diedrichs pada tahun 2008 menunjukkan, daya tarikan iklan untuk model lelaki berbadan gemuk adalah lebih kurang sama dengan model lelaki berbadan sasa.

0 comments:
Post a Comment