Di Stoneyburn, Barat Lothian, Scotland, seorang tukang paip
kehilangan selera makan hingga mampu minum jus sahaja selepas menemui
bangkai tikus dalam udang salut tepung yang digorengnya.
Mohammed Ali, 37, pada mulanya memasukkan ketulan scampi, sejenis
udang yang dijadikan makanan segera dari pasaraya Tesco tempatan ke
dalam kuali untuk digoreng, sebelum melihat satu objek ganjil turut
meluncur keluar.
Ali kemudiannya mengeluarkan objek berkenaan dari dalam minyak lalu serta merta mengenali ia merupakan bangkai tikus!
Sejak peristiwa itu Ali mendakwa dia mengalami tekanan kerana selama
ini begitu menggemari scampi namun kini bukan sahaja makanan
kegemarannya itu malah yang lain-lain pun tidak dapat ditelannya kerana
berasa geli.
Ali juga meluahkan kekesalan kerana sering diejek oleh keluarga dan kawan-kawan ekoran insiden tersebut.
Jurucakap Majlis Barat Lothian berkata, pegawai kesihatan sedang menyiasat kes berkenaan.
Sumber: METRO UK
0 comments:
Post a Comment