Sunday 22 December 2013

Letupan Bom Di Padang Besar Gemparkan Penduduk


Kejadian siri letupan bom di Padang Besar, Danok dan Dadao sekitar 11.30 pagi kelmarin mencetuskan rasa panik di kalangan orang ramai di tiga kawasan berkenaan.

Kes pengeboman terbabit hampir sama dengan letupan di Lee Gardens Plaza Hotel, Haadyai pada 31 Mac tahun lepas di mana tiga orang, termasuk dua rakyat Malaysia terbunuh.

Menurut Ketua Polis Wilayah Sembilan Thailand, Mejar Jeneral Noppadol Pueksomon, telefon bimbit telah digunakan untuk mencetuskan siri letupan bom tersebut.

"Bahan letupan diletakkan pada motosikal-motosikal di hadapan balai polis dan diletupkan menggunakan telefon mudah alih. Dalam pengeboman ketiga, bahan letupan telah diletakkan di dua buah kereta dan diletupkan dengan cara yang sama."

Punca kejadian letupan masih tidak diketahui namun berdasarkan andaian awal, siri letupan bom itu dipercayai dilakukan oleh kumpulan pemisah Thailand.
Share:

0 comments:

Post a Comment

Facebook