WALAUPUN bukan beragama Islam, seorang model seksi, Felicia Yeap yang pernah menghiasi majalah lelaki ‘FHM’ dan Playboy kini tampil berhijab penuh dan menutup keseluruhan auratnya persis wanita Muslim yang lain.
Sebelum ini kehidupannya penuh bergelumang dengan dunia glamor, memenuhi tuntutan kerjanya sebagai seorang model.
Cakap apa yang sahaja yang tidak pernah diperagakannya, bikini, tampil separuh bogel, semuanya pernah.
Namun, kesedarannya untuk menutup tubuh badannya dengan pakaian yang longgar serta tidak mendedahkan mendapat tumpuan umum.
Antara sebab dan alasan yang diberikannya ialah, dengan menutup aurat dia merasakan maruah dirinya lebih tinggi jika dibandingkan ketika zaman ‘jahilliyah’nya dulu.
Di bawah ini penulis kongsikan gambar-gambar dua zaman berbeza Felicia buat tatapan pembaca semua.
0 comments:
Post a Comment