Wednesday, 11 December 2013

Pusat Serenti Dan Sakit Mental Afghanistan (18 Gambar)



Di Malaysia kita ada PEMADAM dan Pusat Serenti yang mampu mengubati masalah ketagihan dadah. Hospital Bahagia pula menjadi fasiliti bagi menngubati masalah mental. Di Afghanistan kerana perang yang berlanjutan selama bergenerasi pusat Serenti dan hospital mental tidak wujud. Oleh itu bagi mereka yang mempunyai sanak saudara dengan penyakit mental dan ketagihan dadah. Makan Mia Ali Baba yang terletak di Jalalabad dijadikan pusat rawatan. Makam Mia Ali Baba, seorang karamah yang sudah wujud selama 300 tahun ini dikatakan dapat merawat dua penyakit ini. Pesakit akan dipaksa tinggal selama 40 hari dan dengan kuasa Allah mereka akan pulih dari ketagihan dan sakit mental. Pesakit dipasung di dalam bilik kecil yang tidak dilengkapi tandas. Oleh itu mereka terpaksa membuang najis di dalam bilik yang juga menjadi bilik tidur mereka. Sangat sadis. Pesakit hanya akan dilepaskan apabila penjaga Makan Mia Ali Babi merasakan mereka cukup pulih dan dibenarkan bersolat. 






Laporan asal FunToBeBad
Share:

0 comments:

Post a Comment

Facebook