Nampaknya, kes bunuh diri di Malaysia semakin merungsingkan tatkala
peratusan jenayah didakwa semakin berkurangan. Apa yang peliknya,
bangunan Berjaya Times Square merupakan salah satu tempat kegemaran
individu yang ingin bunuh diri.
Terbaru, seorang lelaki berusia 21 tahun terjun dari tingkat 9 bangunan
Berjaya Times Square kira-kira 7.10 petang semalam, 27 Disember 2013 dan
maut serta-merta di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan di
kepala dan badan.
Menariknya, kejadian bunuh diri ini adalah kes kedua untuk tahun 2013 di
mana kejadian bunuh diri pertama berlaku pada 14 Februari lalu dan
melibatkan seorang gadis cina berusia 20-an.
Berikut ialah empat keping gambar sekitar kawasan bunuh diri semalam.
Pihak polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kematian mengejut.
0 comments:
Post a Comment