Beijing: Seorang wanita enggan memakai seluar dalam sejak setahun
lalu kerana tidak selesa akibat lebihan lemak melampau pada perutnya
menyebabkan badannya menjadi tidak seimbang.
Wang, 37 memaklumkan doktor di Hospital Umum Kuang Tien lemak itu membuatkan punggungnya nampak terlalu kecil dan pelik.
Keadaan itu, katanya, menyebabkannya tidak selesa menggunakan seluar dalam.
Tabiatnya itu menimbulkan masalah lain ketika musim sejuk apabila
bahagian sulitnya terlalu sejuk dan tidak mendapat perlindungan
sewajarnya walaupun jika dia memakai kot tebal.
Berikutan itu, Wang mahu menjalani pembedahan sedutan lemak untuk membuang lingkaran lemak di sekitar perutnya. - Agensi
0 comments:
Post a Comment