Wednesday, 29 January 2014

Bayi Dilahirkan Dalam Pesawat, Meninggal Sejurus Mendarat




JAKARTA - Seorang bayi perempuan pramatang dilahirkan di dalam sebuah pesawat Merpati Nusantara Airlines, baru-baru ini.

Ketika kejadian, pesawat itu dalam penerbangan dari Timika ke Makassar.
Kelahiran bayi itu disambut oleh pramugari, Sherly Juwita dan dibantu empat kakitangan penerbangan pada kira-kira pukul 7 malam waktu tempatan.

Bayi yang dilahirkan oleh Harmani itu berada dalam keadaan sihat ketika kandungan ibunya baharu memasuki usia tujuh bulan.

Bagaimanapun, Sherly menerima khabar duka apabila dia dimaklumkan bayi itu meninggal dunia sejurus tiba di Makassar.

''Saya amat sedih. Tetapi mungkin itu yang terbaik untuk dia daripada Allah,'' katanya yang mengaku terkejut dengan berita itu ketika dihubungi Liputan6.com di sini.

Seorang pramugari berkata, semasa dilahirkan, bayi itu kelihatan agak sihat dan mendapat rawatan rapi daripada pramugari penerbangan.

''Kami berikannya oksigen dan meletakkannya di dalam sebuah bekas untuk bayi pramatang,'' katanya yang telah berkhidmat selama 17 tahun di syarikat itu. - AGENSI

Share:

0 comments:

Post a Comment

Facebook