Thursday 30 January 2014

Dildo Tersangkut Dalam Usus Lelaki





SHANGHAI – Seorang lelaki terpaksa dimasukkan ke hospital untuk mengeluarkan alat permainan seks yang tersangkut di dalam ususnya selama lima hari.

Media kerajaan berkata, kes begitu semakin meningkat menunjukkan penerimaan orang ramai yang semakin bersifat terbuka terhadap seks.

Doktor di Hospital Zhongshan di sini, mengeluarkan dildo sepanjang 23 sentimeter daripada usus lelaki berusia 30 tahun itu menggunakan endoskop.

Doktor, Yao Liqing berkata, “Sekiranya kami tidak mengeluarkan dildo itu pada masanya, keadaan pesakit boleh kritikal.”


Objek itu menyekat usus besar lelaki itu menyebabkan kerosakan tisu.

Sekiranya prosedur itu gagal, doktor mungkin terpaksa melakukan pembedahan, kata Doktor Yao seperti yang dipetik oleh akhbar Shanghai Daily.

Kedai menjual alat seks dan kontraseptif biasa terdapat di bandar di China, di mana kebebasan seksual dan budaya konsumerisme semakin berleluasa di dalam negara yang diperintah komunis ini.

Akhbar itu berkata, pengamal perubatan memberi amaran kepada orang ramai untuk menurut cara yang betul ketika menggunakan alat permainan seks.
Share:

0 comments:

Post a Comment

Facebook