Thursday 9 January 2014

GEMPAR - Makhluk Asing Tinggi Berwarna Kelabu Dikesan Dalam Sebuah Hutan Di Bulgaria


Sudah pasti ia hanyalah sebuah gambar tunggal, dan ya, mereka mungkin tidak pernah perasan akan kelibat makhluk asing itu sehinggalah apabila mereka telah melihat dan meneliti gambar tersebut. Walaubagaimana pun, sebelum gambar tersebut diambil, sudah terdapat pelbagai laporan yang dibuat mengenai kelibat imej misteri itu. 

Sebagai contoh dalam kejadian di Voronezh, Rusia pada 27 September 1989, beberapa orang kanak-kanak melihat kelibat makhluk asing yang berketinggian 9 kaki tinggi dengan sebuah robot pengiring jalan bersama. Bahkan di Taiwan pada Disember 2012, seorang pegawai polis di kawasan gunung tanpa sebarang pokok telah melihat makhluk asing dengan ketinggian sama seperti dalam gambar ini. Apa yang boleh dikatakan, kewujudan makhluk asing ini adalah benar dan ia masih berada diluar sana.

Menurut pihak ADGUK News, sekumpulan pendaki muda telah menegaskan yang mereka telah berjaya menangkap gambar makhluk asing tinggi berwarna kelabu di dalam sebuah hutan tebal di berhampiran Plovdiv, Bulgaria.


Kumpulan itu mula mendaki di Yundola, iaitu sebuah kawasan padang rumbut yang besar antara pergunungan Rila dan Rhodoppe, apabila mereka terserempak dengan makhluk misteri ini. Salah seorang dari mereka telah berjaya merakam imej makhluk asing ini.
Share:

0 comments:

Post a Comment

Facebook