Kita mungkin menyangka, kematian orang tersayang dianggap satu detik sedih di seluruh dunia.
Namun di Ghana, terdapat suku bangsa Ga yang menganggap kematian
bukan sesuatu yang perlu diiringi dengan perasaan berkabung kerana
bagi mereka kematian adalah permulaan perjalanan baru yang
menggembirakan.
Justeru, upacara pengebumian insan yang disayangi akan diadakan dalam suasana gembira dan meriah.
Ia turut ditunjukkan menerusi adat menempatkan mayat dalam keranda
buatan khas yang melambangkan barangan kesayangan atau kesukaan si mati
ketika hayatnya.
Antaranya termasuklah kasut, telefon bimbit, kapal terbang, minuman berkarbonat, binatang tertentu dan sebagainya.
Keranda direka dan dibuat dengan kemas serta teliti bagi menghormati si mati, meskipun akhirnya ia akan ditanam dalam tanah.
Tradisi keranda khas ini begitu popular di Ghana, hingga terdapat
ramai pembuat keranda yang mencari rezeki dengan membuat keranda di
sana.
Apatah lagi harga dikenakan bagi setiap keranda agak mahal.
Sesetengahnya mencecah USD400 yang menyamai kira-kira pendapatan setahun
kebanyakan penduduk sana.
Keranda di Ghana ini turut dijadikan tarikan pelancong yang
mengunjungi negara terbabit. Rata-rata pelancong luar mengakui ia
tradisi yang agak aneh tapi unik.
Maklumlah, mana ada tempat lain di dunia ini yang orangnya dikebumikan dalam sebuah keranda berbentuk telefon Nokia kan?
0 comments:
Post a Comment